Related Stories
Azrel Ismail Bergaya Segar Dengan Yellow Collection Di Onitsuka Tiger
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioAzrel Ismail menggayakan helaian Yellow Collection idea Onitsuka Tiger daripada musim luruh 2024 dengan aksen yang cool dan cukup urban!
Yellow Collection yang dipersembahkan oleh Onitsuka Tiger mengangkat tema Urban Winter. Ia adalah sebuah koleksi runway daripada jenama ini yang dipentaskan di Minggu Fesyen Milan. Setiap helaian yang ditaruhkan mempunyai ketukangan yang bagus, setanding dengan pentas runway yang hebat. Kisah koleksi ini mengabadikan karakter serta nuansa Jepun yang diulit dengan kedinginan musim luruh. Gaya serta kemasan urban kota metropolitan ini menzahirkan idea kepada Onitsuka Tiger dalam merangka koleksi cukup gagah melawan ribut petir yang memberi kejutan tatkala musim luruh menjelma. Azrel Ismail yang berkunjung di Tokyo bersempena meraikan ulang tahun ke-75 Onitsuka Tiger ini membiaskan watak urban melalui stail Yellow Collection.

KNIT NECK TOP DIPAKAI BERSAMA JAKET HOODIE DAN SELUAR CHINO. BEG GALAS DAN KASUT TIGER POINTY SEMUANYA DI ONITSUKA TIGER.

BAJU KAIT VEST DIPADANKAN BERSAMA KEMEJA BERSAIZ BESAR DAN SELUAR LABUH. BEG DAN DENTRIGRE LOAFER KARYA ONITSUKA TIGER.

KNIT NECK TOP DIPAKAI BERSAMA JAKET HOODIE, SELUAR LABUH DAN DENTRIGRE LOAFER DI ONITSUKA TIGER.

BAJU SWEATER KAIT, SELUAR CHINO DAN KASUT DERBY ONITSUKA TIGER
Yellow Collection oleh Onitsuka Tiger ini bermain dengan fabrik yang berinovasi tinggi. Penggunaan material seperti kashmir dan teknik kait menampakkan lagi nilai mewah yang ada pada jenama ini. Cadangan gaya seluar buat lelaki direka lebih labuh serta lebar agar nampak cool. Mesti miliki adalah knit neck top yang diinspirasikan daripada helaian trek Onitsuka Tiger.
Tonton Yellow Collection oleh Onitsuka Tiger musim luruh 2024
Koleksi Onitsuka Tiger boleh didapatkan di Pavilion Kuala Lumpur, tingkat 3. Juga boleh lawati laman web Onitsuka Tiger.
Artikel Berkaitan: Onitsuka Tiger Di Milan Fashion Week Koleksi Musim Luruh Menjelang Ulang Tahun Ke -75
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
