Idea Hadiah Istimewa Hari Bapa
Tip Makan Angin Di New Delhi
Generasi Hari ini Pilih Hotel Butik
Info Menarik Aiport Lounges Cathay Pacific
Invito Pericoloso by Karl Lagerfeld
Home > GLAM Life > Filem Dokumentari Iris Apfel

Filem Dokumentari Iris Apfel

NY:  IRIS APFEL FOR ACCIDENTAL ICONGambar: TPGVIP

  Kisah ikon fesyen Iris Apfel menjadi subjek sebuah filem dokumentari bertajuk “Iris”, yang bakal ditayangkan 29 April nanti di New York.   Dokumentari arahan Albert Maysles itu mengikuti perjalanan harian ikon berumur 93 tahun ini. Penonton bakal menyaksikan kemewahan gerobok fesyen Iris Apfel yang sarat koleksi, juga berpeluang mempelajari strategi membeli-belah serta kata-kata hikmah darinya yang penuh dengan ilmu pengetahuan berkenaan dunia fesyen.   Nama Iris Apfel kini diangkat sebagai lagenda fesyen. Sewaktu muda, dia pernah bekerja di Women’s Wear Daily dan pada tahun 1950, dia melancarkan syarikat tekstil bersama suami sebelum bersara pada tahun 1992. Pada tahun 2005, gaya Iris Apfel menjadi subjek pameran di The Metropolitan Museum of Art (Met).   Lihat trailer “Iris” di bawah.