Fokus – Identiti Reka Bentuk Point 21
Elemen – Dekor Kaca Berwarna
GLAM Deko Kediaman – Imbauan Nostalgia 60-an
Kekapis Panggang Dan Salad Kentang Bersama Dressing Truffle
Destinasi – Rasa Fusion di Nero-Nero

Fokus – Cita Rasa Persona Peribadi

Kamar beradu dan kamar kecil merupakan antara ruang yang memberikan anda peluang untuk bermain dengan cita rasa yang digemari. Serikan ruang dengan pemilihan aksesori dan kelengkapan lain. Bukan hanya nilai fungsi yang perlu difikirkan, saiz dan gaya juga penting untuk memastikan ruang tampak seimbang dan kemas. Suntikan elemen dan cita rasa peribadi boleh menjadikan ruang terlihat lebih istimewa dan rapat pada pemiliknya. Apa sahaja kegemaran anda, ciptakan syurga gayanya di sini.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
Idea tekstur Pilihan fabrik seperti cadar dan ambal pada ruang kamar beradu tidak hanya sekadar melengkapi ruang anda. Ia mampu memberikan keselesaan tambahan saat penghawa dingin dipasangkan. Pilihan warna yang lebih cerah sesuai jika saiz ruang kamar beradu anda agak terhad. Jika anda mempunyai saiz kamar beradu yang besar, corak yang sarat dan padat amat sesuai.
4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse