Loading media...

Unable to load content
GLAM Deko Sajian – Resipi Tat Lemon (Kek & Co)
10 Muzium Seni Wajib Dikunjungi
Palet – Mainan Warna Rona Merah dan Emas
Restoran Four Seasons, New York Dilelong
Ruang – Panduan Memilih Warna Kamar Beradu
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Inspirasi > Fokus – Langkah Pastikan Kediaman Selamat Didiami

Fokus – Langkah Pastikan Kediaman Selamat Didiami

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan yang bersambung, kebanyakan daripada anda banyak menghabiskan masa di kediaman. Ini adalah masa untuk memastikan kediaman anda selamat untuk didiami.

  1. Pemasangan jeriji sebagai langkah keselamatan kini menjadi praktik umum yang diamalkan. Pastikan anda mempunyai jeriji yang boleh dibuka di dalam untuk saat kecemasan agar penghuni tidak terperangkap sewaktu terjadinya kecelakaan yang tidak dijangka seperti kebakaran.
  2. Bucu-bucu tajam pada perabot sememangnya berisiko tinggi khususnya kediaman yang mempunyai kanak-kanak. Hadkan penggunaan perabot dan aksesori yang berasaskan kaca untuk ruang tertentu yang boleh mengakibatkan kecederaan.
  3. Untuk mereka yang gemar membakar lilin haruman, langkah keselamatan perlu anda ambil. Sediakan tempat khusus membakar lilin yang jauh dari capaian anak kecil selain bahan mudah terbakar seperti kertas ataupun fabrik contohnya langsir dan kusyen.
  4. Alatan elektrik merupakan keperluan seharian bagi memudahkan kehidupan. Namun jika salah pengendalian, ia mungkin berpotensi membawa kecelakaan. Untuk alatan elektrik yang perlu sentiasa dipasang, pastikan anda menutupnya dengan berkala bagi memastikan alatan ini diberi waktu rehat.
  5. Bersihkan alatan elektrik bagi memastikan ia efisien dalam berfungsi selain meminimakan risiko terjadinya masalah dalam pengendalian.
  6. Kunci kereta sebaiknya diletakkan bersebelahan anda ketika tidur kerana ia memudahkan jika terjadinya masalah. Contohnya jika anda mengesyaki rumah anda dimasuki penceroboh, anda boleh memasang penggera kereta untuk menimbulkan panik.
  7. Elak daripada meletakkan barangan hiasan atau perabot di bahagian luar yang berdekatan dengan tingkap. Ini akan memudahkan kediaman anda dimasuki oleh penceroboh.
  8. Fabrik mudah mengumpulkan habuk yang menyebabkan terjadinya alergi bukan sahaja kepada anak kecil malahan kepada orang dewasa. Bersihkan secara kerap dan ganti dengan berkala untuk memastikan ia tidak hanya bersih tetapi selamat untuk anak kecil.
  9. Apabila anda usai menjalankan proses ubah suai, periksa semua akses keluar masuk dan jika perlu, gantikan penggunaan kunci mangga untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
  10. Pastikan kesemua bahan berunsurkan kimia disimpan dan dilabel dengan betul. Ini kerana kecuaian memungkinkan terjadinya kemalangan yang boleh mengakibatkan kematian.