Bicara Dekorasi bersama Zaznuriah Zahir, Zhreka Sdn Bhd
Sajian – Menu Makan Tengahari Terbaru di Pince & Pints Kuala Lumpur
Sajian – Resipi Kek Kukus Thai
Sajian Raya – Resipi Biskut Telur Masin bersama Bijan Hitam
10 Penyebab Kebakaran di Rumah
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > 10 Muzium Seni Wajib Dikunjungi

10 Muzium Seni Wajib Dikunjungi

louvre   1. THE LOURVE, PARIS Mesti lawat kalau ke Paris. Mona Lisa karya Leonardo DaVinci adalah bahan pameran terpenting selain arca Venus de Milo serta lain-lain kerja seni dari Mesir, Asia, Greece dan Rom purba.   2. THE HERMITAGE, ST. PETERSBURG Muzium ini memiliki koleksi lukisan terbanyak merangkumi zaman batu hingga kini. Paling mengagumkan adalah Golden Room yang mempamerkan aneka berlian dan permata.   3. THE BRITISH MUSEUM, LONDON Galeri-galerinya didedikasikan kepada seni Mesir, Greece, Rom, Asia, Afrika dan Eropah era pertengahan. Mesti lihat adalah Elgin Marble yang pernah menjadi hiasan Parthenon di Athens.   4. THE EGYPTIAN MUSEUM, KAHERAH Muzium ini mempunyai artifak seni tamadun Mesir terbanyak di dunia. Ruang pamerannya seakan bilik harta karun, paling popular adalah keranda emas Tutankhamun.   5. UFFIZI, FLORENCE Istana kurun ke-16 ini antara muzium tertua di dunia, menyimpan banyak masterpiece termasuk arca-arca dari zaman Renaissance serta lukisan Botticelli, Birth of Venus.   6. THE MET, NEW YORK Ada lebih dua juta karya seni dipamerkan di Metropolitan Museum of Art ini. Antaranya hasil karya Pablo Picasso hingga ke Henry Matisse, Vincent Van Goh sampai ke Jackson Pollock.   starry-night   7. MOMA, NEW YORK Ramai pemikir seni mengandaikan ini muzium seni terpenting dunia. MOMA menyimpan lukisan Picasso bertajuk Demoiselles d’Avignon serta Starry Night lukisan Vincent Van Gogh.   8. THE PRADO, MADRID Koleksi bahan pamerannya begitu menyeluruh dari seluruh Eropah namun tentunya ia didominasi oleh karya-karya artis Sepanyol seperti Goya, El Greco serta Velazquez.   9. NATIONAL ARCHAEOLOGICAL MUSEUM, ATHENS Segala bahan sejarah Greece purba dipamerkan dalam muzium ini. Wajib lihat adalah arca gangsa Artemision Podeidon dari kurun ke-5 sebelum masihi.   10. NATIONAL PALACE MUSEUM, TAIPEI Muzium ini menyimpan artifak seni milik keluarga diraja dari pelbagai dinasti China, tidak hanya halus buatan tapi memiliki teknologi yang melangkaui zamannya.