GLAM Deko Ruang – 16 Reka Bentuk Dapur Kecil
GLAM Deko Ruang – Tip Memilih Sofa
Jangan Tunggu Saat Akhir Untuk V-Day!
GLAM Deko Ruang – Warna Kediaman Mengikut Zodiak
Elemen – Kuntuman Mekar Bunga
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > #StayHomeWithGD: Resipi Sajian Makaroni Keju Klasik

#StayHomeWithGD: Resipi Sajian Makaroni Keju Klasik

Buat mereka yang bujang, pasti tercari-cari menu mudah untuk juadah berbuka puasa. Masakan berkonsepkan satu periuk (one-pot meal) bermula dari masakan jenis sup, stew, kacau goreng dilihat sebagai satu pilihan masakan rumah yang mudah disediakan, enak dinikmati dan tentunya sihat dengan segala jenis protein, karbo dan zat diperlukan tubuh.

Pasta antara hidangan yang boleh dimasak dalam satu periuk lengkap pelbagai nutrisi malah telah dibuktikan sebagai alternatif karbo terbaik bagi yang berdiet. Anda boleh cuba resipi mudah ini dan tidak perlu menumis. Mereka yang bekeluarga juga boleh mencuba resipi Makaroni Keju Klasik untuk dimakan bersama yang tersayang.

   Makaroni Keju Klasik Bahan – bahan 200 gm pasta elbow 1 cawan susu penuh krim 0.5 cawan stok ayam 100 gm krim masam 3 biji bawang putih dihiris nipis 1 sudu besar English mustard 125 gm keju mozzarella 100 gm keju cheddar 40 gm keju parmesan 2 sudu besar minyak zaitun Garam dan lada hitam secukup rasa Daun kucai Cara menyediakan
  1. Masukkan pasta, susu, stok ayam, krim masam, bawang putih, mustard dan minyak zaitun ke dalam periuk. Biarkan mendidih seketika.
  2. Kacau pasta agar tidak melekat dan susu hangus di bahagian bawah.
  3. Perlahankan api, masak sehingga pasta lembut al dente.
  4. Ketepikan dari api. Masukkan semua jenis keju ke dalam pasta.
  5. Perasakan garam dan lada hitam secukup rasa.
  6. Taburkan daun kucai untuk menghidang.