Kertas dinding Winter Palace, Designers Guild. Ada di Janine, BSC & Great Eastern Mall.
- First Impression
Sofa Dives, B&B Italia, Space Furniture. The Intermark.
Rekaan kusyen corak floral pastel, Designers Guild.
Lampu siling berbentuk loket Kristal warna-warni. Gambar : decoist.com
4. Cahaya Cetuskan ambien dan mood elegan romantis menerusi mainan cahaya lampu-lampu. Pereka, Emily Eerdmans mengatakan mood tuan rumah menetapkan nada ritma atmosfera majlis. Malapkan sinaran lampu di ruang tamu apabila tetamu tiba. Dan, kembalikan pancaran gemilang di meja makan agar atmosfera menjadi riuh dan mesra.
Koleksi Butterfly Bloom, Wegwood. Ada di WWRD, Bangsar Village II.
5. Dinnerware
Jangan sesekali menghidangkan tetamu dengan set pinggan dan kutleri plastik. So not stylish! Masa inilah, anda mengeluarkan seluruh koleksi porselin Chinaware yang terperuk dalam almari itu. Susun kesemua set pinggan dan kutleri mengikut tata cara meja makan yang betul. Basuh dan lap set pinggan mangkuk sebelum menghidang. Pastikan tiada kesan retak atau sumbing.
Rangkaian wangian tubuh dan kediaman daripada Jo Malone. Butik Jo Malone, Pavilion.
6. Aroma Segar Apungan nota bunga-bungaan atau kayu-kayan mewah menemani sepanjang keraian berlangsung bisa menyuntik damai di sanubari. Ramuan bauan bunga ylang-ylang, lili, lavender dan sitrus berkuasa menebar sensasi romantis. Nyalakan lilin beraroma pilihan atau pewangi diffuser di ruang tamu, rumah makan dan kamar kecil.
Reka bentuk kamar mandi marmar oleh Maison Valentina
7. Kamar Kecil Kering, kering dan kering. Ruang ini harus sentiasa dalam keadaan kering dan selesa. Sediakan dua hingga tiga helai alas kaki lebih untuk ditukar apabila alas kaki sudah lencun. Kosongkan bakul sampah sebelum tetamu tiba. Jangan lupa isi bekas sabun tangan, sebaiknya gunakan sabun jenis cecair – mengurangkan penyebaran bakteria.
Gambar : Google
8. Outdoor Theme Party Tatahias meja kayu dengan lapik alas meja linen putih ditemani taburan kusyen-kusyen kecil warna-warna pastel. Gunakan kerusi chiavari lutsinar atau kerusi rotan. Gubah bunga musim panas atau buah-buahan tropika sebagai centrepiece. Hidangan minuman koktel buah sitrus sejuk, salad hijau segar, manisan ringan, menyempurnakan keraian intim di landskap luar.Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
