Terokai 7 Menu Beridentitikan Asia Yang Menyelerakan Di Sunway Hotels & Resorts
Baru-baru ini, Sunway Hotels & Resorts memperkenalkan 7 menu beridentitikan Asia yang menyelerakan dengan pelancaran Signature Dishes menampilkan tujuh (7) hidangan lazat dan kegemaran ramai secara a la carte yang dipersembahkan oleh ketua chef yang mewakili Sunway Hotels & Resorts di Malaysia, Cambodia dan Vietnam.

Mula tersedia dari pukul 11 pagi hingga 11 malam, kesemua 7 menu beridentiti dari segenap rantau ini dihidangkan di The Resort Café di Sunway Resort Hotel & Spa, Café West di Sunway Clio Hotel, Coffee House di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, Sun Café di Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaya, The Restaurant di Sunway Hotel Hanoi dan Sun Café di Sunway Hotel Phnom Penh.

‘Kesemua hidangan yang diperkenalkan setiap seorang dari chef, disediakan dengan penuh perincian mengikut cara ia disediakan di negara masing-masing; memberikan mereka peluang untuk mempelajari tentang bahan-bahan, cara masakan, rasa dan persembahan. Kami terjua memperkenalkan hidangan-hidangan ini sebagai sebahagian dari komitmen jangka masa panjang dalam mencipta menu yang autentik dan sensasi untuk pengalaman menjamu selera para pengunjung”, jelas Mr Colin Yeoh, Sunway Hotel & Resorts’ Group Director of Food & Beverage Operation.
Antara menu-menu hidangan beridentitikan Asia yang disediakan adalah:
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

