Fossil Q Gen 4 Memecah Batasan Jam Pintar Wanita
Berpegang kepada kata-kata, you don’t have to sacrifice fashion for function, Fossil kembali dengan koleksi terbaru untuk rangkaian Fossil Q mereka Fossil Q Venture HR (40 mm) dan Fossil Q Explorist HR (45 mm) yang lebih moden dan padat dengan fungsi dan teknologi terkini. Turut memadankan teknologi moden ini dengan rekaan yang menawan, what more can a girl ask for?
Lengkap dengan Wear OS oleh Google dan Qualcomm® Snapdragon Wear™ 2100 Platform, siri Fossil Q ini turut menerima penambahan fungsi terkini seperti Heart-Rate Tracking, Untethered GPS dan Swimproof Functionality. Mereka juga memberi fokus kepada tempoh pengecasan bateri yang minimum yang boleh bertahan sepanjang hari hanya dengan sekali cas.
Perihal rekaan pula, Fossil juga memastikan pengguna berupaya memberi sentuhan peribadi mereka kepada jam tangan hanya dengan menukar tali, dail, dan juga aplikasi yang khusus mengikut minat masing-masing. Dengan lebih daripada 36 dail eksklusif yang ditawarkan, you can go wild, girls!
Peraduan Fossil Q Gen 4*
Tempoh: 15 Sep - 31 Okt 2018Cara-cara: Pelanggan boleh menyertai peraduan ini dengan setiap pembelian Fossil Q Gen 4 Smartwatch, dan isi e-borang di laman sesawang Fossil MY.
Hadiah Utama: 2 tiket x 12 bulan untuk keahlian Fitness First dan Celebrity Fitness (akses Dual Brand)
Hadiah Saguhati: Percutian 2 hari 1 malam di Lexis Hibiscus Villa, Port Dickson x 2
*Peraduan ini hanya boleh didapati di kedai Fossil, konsesi Fossil, dan pemborong Fossil di Semenanjung Malaysia sahaja.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT



