Teks oleh: Yusairi Fitri
Tidaklah susah untuk menikmati keenakan dunia gastronomi lokal. Lebih-lebih lagi di sekitar Lembah Klang dan Selangor kerana terdapat banyak restoran dan kafe yang bagus malah menyediakan juadah masakan yang sedap yang belum pernah diketengahkan lagi. Kala berbicara sahaja soal makan, semua pasti kecur air liur dek kerana terbayang-bayangkan bau serta teksturnya yang sengaja menduga selera anda. Apatah lagi, menjelang bulan Ramadan ini, pasti ramai tertanya-tanya di manakah lagi restoran yang enak untuk berbuka mahupun makan malam bersama keluarga. GLAM mempersembahkan tiga restoran wajib kunjung sepanjang Ramadan ini!
Pince & Pints
Sekiranya anda mengidamkan beriani yang lazat, percayalah anda akan temui di restoran yang terletak di Jalan Telawi 5, Bangsar ini.
Menu pilihan GLAM: Semestinya beriani gam udang karang dan air bandung. Dengan resipi aslinya yang terjaga rapi sejak 1880-an, beriani istimewa ini sarat dengan rempah ratus dan bahan kisar yang sungguh menyelerakan. Hidangan klasik Johor ini menggunakan resipi turun temurun keluarga Menteri Besar Johor yang pertama, Dato Jaafar Muhammad.
[soliloquy id="48305"]
[soliloquy slug="prince-pints"]
Pince & Pints Kuala Lumpur | Alamat: No. 32, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru
Tempahan: 03 2201 3233 / 017 880 0871 / www.pinceandpints.com.my
Dibuka 7 hari seminggu, 5.30pm sehingga 11.30pm hari bekerja & 11.30am sehingga 11.30pm pada hujung minggu & cuti umum Instagram: @pinceandpints.kl | Facebook:https://www.facebook.com/pinceandpintskl
Jibby Chow
Dekorasi hiasan dalaman restorannya sahaja sudah jelas menggambarkan restoran ini pasti menyediakan masakan yang lazat. Terkenal dengan nama jolokan masakan ‘Chinese with a Twist’, Jibby Chow nyata menyediakan makanan yang sangat berbeza daripada yang konvensional seperti nasi goreng daging ketam, mi udang, tulang rusuk kambing gaya Mongolia dan banyak lagi.
Menu pilihan GLAM: Pastinya seleksi makanan laut iaitu Ketam! Hadir dalam tiga jenis rasa, hidangan ketam yang wajib anda cuba pastinya chili crab, Marmite crab dan butter crab. Setiap hidangan ketam ini hadir bersama roti Mantou goreng yang memikat, anda pasti pulang dengan senyuman.
[soliloquy id="48310"]
[soliloquy slug="jibby-chow"]
Jibby Chow | Alamat Lot G-02 Courtyard Mall Jalan SS15/4G, SS15 Subang Jaya Dibuka setiap hari, 10 pagi sehingga 10 malam Instragram: @jibbygroup |
Way Modern Chinois
Restoran ultra kontemporari masakan Cina ini sungguh menarik. Dengan setting dan hiasan dalam yang cozy, ia sesuai dijadikan lokasi santapan eksklusif bersama keluarga dan teman. Pengalaman anda menikmati masakan di sini pasti sempurna kala menu seperti pac man dumpling, rose wanton dan porcupine mantou dipersembahkan sebagai pembuka selera.
Menu pilihan GLAM: Mesti cuba Hot Pot Basket! Hidangan berasaskan makanan laut ini terdiri daripada lebih 20 bahan-bahan termasuk mi buatan sendiri, wantan, keropok rangup serta makanan laut segar, sayur-sayuran, cendawan enoki, kubis Cina, goreng tauhu, cendawan segar, bola ayam, bebola ikan, udang, telur puyuh, telur ayam dan banyak lagi. Sebagai pelengkap, sembilan sos istimewa disediakan dan anda boleh mengadun sendiri perisa sos yang diinginkan.
[soliloquy id="48317"]
[soliloquy slug="way-modern-chinois"]
Way Modern Chinois | Alamat: G-1, Work@Clearwater, Jalan Changkat Semantan, 50490 Damansara Heights | Untuk tempahan: +603 2095 1118 or http://way.com.my/| Waktu operasi: Selasa sehingga Ahad, 12:00pm – 3.00pm (Makan tengahari); 6.00pm – 10.30pm (makan malam) Tutup setiap Isnin dan cuti umum terpilih | Facebook :https://www.facebook.com/waymodernchinois|Instagram: @waymodernchinois
Bakar
Hidangan Bakar disediakan di atas dapur arang. Menawarkan hidangan BBQ moden, menu di Bakar dalah makanan global yang dimasak menggunakan teknik masakan lama iaitu di atas api arang. Tujuan utama Bakar ialah untuk mencuba resipi baru dan membawa pengembaraan ke seluruh dunia ke meja makan dengan menu seperti tulang rusuk dan kimchi buatan sendiri dari Korea mahupun Hamachi Jaw dengan salad laici dari Jepun.
Menu pilihan GLAM: Set RM580 ini terdiri daripada sajian Labanese Flatbread, salad Fattoush-campuran sayur-sayuran segar berwarna-warni yang ditanam di taman dengan roti ranggup dan sos delima, The Lamb Ouzi- nasi yang dimasak bersama bahu kambing dengan sos yogurt pudina dan dukkha. Set ini turut menyediakan makanan tempatan, ikan bakar bersama ulam-ulaman dan tomato. Set ini diakhiri dengan roti puding Mesir- Umm Ali yang memberikan rasa manis yang sempurna.
[soliloquy id="48398"]
[soliloquy slug="bakar"]
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-D...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 06, 2026
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
BY Syafiqah Alkaf
Mar 30, 2026
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Me...
BY Amira Azman
Feb 11, 2023
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Palin...
BY Amira Azman
Feb 04, 2023
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
BY Amira Azman
Dec 28, 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah ...
BY Siti Syahidah
Mar 02, 2021
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
BY Faizal Hadi
May 31, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
