Loewe Naik Sebagai Jenama Fesyen Terhangat Di Dunia
Glamor Aktres Televisyen Di Anugerah Emmy
Selesa Dan Bergaya Semasa Zoom Meeting
Jakarta Fashion Week 2026: Legasi Gaya Yang Terus Hidup
Debaran KLFW 2024 Hampir Menjelang Tiba!
Home > Fesyen > Gaun Perkahwinan Angelina Jolie

Gaun Perkahwinan Angelina Jolie

Angelina Wedding Dress Gambar: Majalah People

  Akhirnya gambar perkahwinan pasangan emas Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt didedahkan kepada umum. Menyarung busana anggun Atelier Versace yang dijahit khas oleh tukang jahit hebat jenama itu iaitu Luigi Massi, Angelina kelihatan elegan dan klasik di hari perkahwinannya.  

Angelina Wedding2Gambar: Majalah Hello

  Menurut laporan, gaun serta veil yang dipakai Angelina dihiasi lukisan hasil kreativiti anak-anak mereka. Ianya seakan simbolik rasa cinta pasangan itu serta ikatan kekeluargaan erat yang sering ditonjolkan mereka. “Luigi seakan sebahagian dari keluarga dan saya tidak dapat membayangkan orang lain untuk menjahit gaun ini. Dia kenal serta sayang akan anak-anak saya dan ianya merupakan pengalaman yang menyeronokkan dalam mereka gaun ini bersama”, jelas Angelina.   Brad Pitt pula menyarung sut segak dari gerobok sendiri, dipadankan dengan tali leher yang dipinjam dari anak lelaki kerana dia lupa untuk membawanya. Gaun anak perempuan mereka, Zahara direka oleh teman rapat Adama Kebe, manakala Vivienne pula menyarung gaun putih miliknya. Anak lelaki mereka Maddox, Pax, Shiloh dan Knox memakai sut hitam. Jolie berkata ianya merupakan hari yang penuh istimewa serta gembira untuk dikongsikan bersama anak-anak dan ahli keluarga mereka.