fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Kontroversi Wajah Berbalut, The Weeknd Akhirnya Buka Mulut
200 TRUNKS 200 VISIONARIES: The Exhibition
Perkembangan Terkini Emilia Clarke Selepas Dua Serangan Aneurisme
Transformasi Terbaru Kendall Jenner Dari Brunette Ke Blonde Mencuri Perhatian
GBC Love Wellness: Sesi Aqua Fitness Bertenaga Di Sunway Resort

10 Filem Terbaik Lakonan Jake Gyllenhaal

Jake Gyllenhaal dikenali sebagai salah seorang bintang versatil dan terhebat dalam generasinya.

Aktor berusia 42 tahun ini memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak menerusi filem City Slickers yang ditayangkan pada tahun 1991. Ini diikuti dengan dua filem arahan bapanya, Stephen Gyllenhaal berjudul A Dangerous Woman (1993) dan Homegrown (1998).

Nama Jake Gyllenhaal melonjak naik di Hollywood setelah menjayakan peranan sebagai Homer Hickam dalam October Sky (1999) dan remaja yang mempunyai masalah psikologi dalam Donnie Darko (2001). Sepanjang 32 tahun penglibatan dalam industri hiburan, Jake Gyllenhaal telah membintangi lebih 50 filem dengan membawakan pelbagai watak mencabar.

Glam senaraikan 10 filem terbaik lakonan Jake Gyllenhaal yang anda harus ulang tonton.

3 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

8. The Guilty (2021)

Juga diadaptasi daripada filem Denmark, karya arahan Antoine Fuqua ini berkisar tentang seorang polis LAPD yang bekerja di pusat panggilan 911 sementara menunggu perbicaraan mahkamah. Hanya menerusi rakaman di pusat panggilan dengan fokus kamera ke arah Jake Gyllenhaal, ia mempamerkan evolusi aktor itu yang memberi persembahan menakjubkan walaupun sekadar duduk dan bercakap menerusi panggilan telefon.

3 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse