fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Jenna Dewan Dedah Pergelutan Sebagai Ibu Tanpa Sokongan Bekas Suami, Channing Tatum
“Allah Tahu Apa Terbaik Untuk Kita” – Perkongsian Mizz Nina Mengundang Sebak
Datin X: Terjeratnya Cinta Dusta Si Penunggang Agama
Kos Sebenar Oscar Dari Karpet Merah Ke Majlis Anugerah
Most GLAM 2021: Shalma Ainaa

3 Bintang Legenda Hollywood Yang Mengamalkan Diet Aneh

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

TIP PENURUNAN BERAT BADAN ELIZABETH TAYLOR TERMASUK HAMBURGER DAN SANDWIC MENTEGA KACANG

Pada usia 50 tahun, aktres yang pernah digelar sebagai ‘wanita tercantik di dunia’ ini dilaporkan mencuba pelan diet untuk mendapatkan semula susuk langsingnya dengan menurunkan sedikit sahaja berat badan.

Pelan diet yang diamalkannya adalah ciptaannya sendiri termasuk hamburger dan sandwic mentega kacang. Resipinya yang lain termasuk salad tuna bersama limau gedang dan koktel Rock Hudson campuran sirap Hershey’s, vodka dan Kahlua.

Beberapa tip yang diamalkannya juga terdiri daripada pemakanan sihat seperti mengurangkan pengambilan daging merah dan melebihkan pengambilan ikan, sayuran dan buahan segar. Bagaimanapun dia juga dianggap sebagai ‘juara’ cheat meal di mana kegemarannya adalah ayam goreng dan kek coklat.

Terdapat juga resipinya yang dianggap ‘berkesan’ untuk penurunan berat badan kerana tidak menyelerakan, antaranya timun kukus dan kentang lenyek bersama pudina.

Foto: Getty Images

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse