fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kendall Jenner Disaman Rumah Fesyen Itali, Liu Jo Sebanyak RM7.6 Juta
Selebriti Popular Yang Memilih Kru Belakang Tabir Sebagai Pasangan Hidup
Ayuh Kenali YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam
Blue Ivy Carter Menang Anugerah Musik Video Grammy
Camila Cabello Kembali Berpacaran Selepas Sembilan Bulan Hidup Solo

5 Fakta Mengenai Kekasih Muda Jared Leto, Model Thet Thinn

Jared Leto sering merahsiakan hal percintaannya namun baru-baru ini timbul gosip mendakwa dia sedang bercinta dengan model Myanmar, Thet Thinn.

Pelakon dan penyanyi berusia 51 tahun itu telah beberapa kali dilihat meluangkan masa bersama Thet Thinn, sekali gus mencetuskan spekulasi percintaan. Baru-baru ini kelibat mereka dirakam paparazi di Jerman, menyemarakkan lagi gosip yang sedang bertebaran. Kali pertama mereka dirakam bersama adalah pada April lalu di Los Angeles.

Jared Leto Thet Thinn

Foto: Twitter

Ini yang anda perlu tahu tentang Thet Thinn, model berusia 27 tahun yang berjaya mencuri hati Jared Leto.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bekerja Dengan Jenama Fesyen Mewah

Selepas kemunculannya dalam Asia’s Next Top Model, Thet Thinn menyertai uji bakat untuk agensi peragaan dan pertunjukan fesyen. Salah satu kejayaan terbesarnya adalah berjalan di pertunjukan Gucci pada 2021. Kini dia semakin terkenal bukan sahaja di pentas peragaan tetapi juga di kulit majalah. Dia pernah membintangi pelbagai kempen Kate Spade, menghiasi kulit majalah Vogue Thailand dan melakukan penggambaran foto untuk Victoria Beckham Beauty. Dia juga berjalan di Minggu Fesyen London serta bekerja dengan jenama solekan terkenal, Sephora Asia dan syarikat kasut, Malone Souliers London.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse