fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
DATIN X: Bela Anak Ikan, Suami Isteri Kantoi Right-Handed
Margot Robbie & Tom Ackerley Bakal Timang Cahaya Mata Sulung
Rozel MaxiFlex Kingdom, Kamar Istirahat Mewah Pilihan Emma Maembong
Kediaman Shawn Mendes & Camila Cabello Dipecah Masuk, SUV Dicuri
Deruan Ultra Mewah Louis Vuitton Buat Formula 1
Home > Gaya Hidup > 5 Fakta Mengenai Kekasih Muda Jared Leto, Model Thet Thinn

5 Fakta Mengenai Kekasih Muda Jared Leto, Model Thet Thinn

Jared Leto sering merahsiakan hal percintaannya namun baru-baru ini timbul gosip mendakwa dia sedang bercinta dengan model Myanmar, Thet Thinn.

Pelakon dan penyanyi berusia 51 tahun itu telah beberapa kali dilihat meluangkan masa bersama Thet Thinn, sekali gus mencetuskan spekulasi percintaan. Baru-baru ini kelibat mereka dirakam paparazi di Jerman, menyemarakkan lagi gosip yang sedang bertebaran. Kali pertama mereka dirakam bersama adalah pada April lalu di Los Angeles.

Jared Leto Thet Thinn

Foto: Twitter

Ini yang anda perlu tahu tentang Thet Thinn, model berusia 27 tahun yang berjaya mencuri hati Jared Leto.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Langkah Pertama Dalam Industri Fesyen

Pada 2018, Thet Thinn atau dikenali sebagai ‘Beauty’ mewakili Myanmar pada musim terakhir Asia’s Next Top Model. Meraih tempat keempat menjadi titik perubahan untuknya. Menurut M For Models, dia mempunyai tahap keyakinan yang rendah pada permulaan rancangan walaupun memenangi cabaran pertama. Mentor model, Nguyen Minh Tu berkata dia perlu meningkatkan keyakinan jika mahu berjaya dalam pertandingan itu dan kerjayanya secara keseluruhan. Dan itulah yang dilakukannya.

Foto: Twitter

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse