fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
8 Selebriti Asal Kanada Yang Meraih Kemasyhuran Di Hollywood
Adele Tidak Berpeluang Meraih Status Pemenang EGOT, Ini Sebabnya
10 Menu Berbuka Puasa Ramadan 2024
Respons Eva Mendes Terhadap Foto Pertama Ryan Gosling Dalam Filem Barbie
Jennifer Garner Bakal Bergelar Isteri Sekali Lagi?
Home > Gaya Hidup > “Satu Keajaiban Saya Masih Hidup” – FKA Twigs Kongsi Butir Penderaan

“Satu Keajaiban Saya Masih Hidup” – FKA Twigs Kongsi Butir Penderaan

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dua bulan lalu dunia Hollywood gempar dengan berita penderaan emosi dan fizikal yang dilakukan oleh Shia LaBeouf terhadap bekas kekasihnya, FKA Twigs.

Dan kini Twigs atau nama sebenarnya Tahliah Debrett Barnett mendedahkan butiran terperinci dalam satu wawancara terbaharu. Dia berkata, terselamat daripada perhubungan tersebut adalah satu keajaiban.

“Sejujurnya saya berharap dapat mengatakan bahawa saya menemui kekuatan dan melihat jalan keluar. Saya berharap dapat mengatakan, ‘Ini datang daripada karakter saya yang kuat’ atau ‘Begini cara ibu membesarkan saya.’ Namun ia bukan seperti itu. Saya terlepas daripada situasi itu disebabkan tuah semata-mata,” katanya kepada Elle.

Penyanyi Cellophane ini menghuraikan karakter bekas teman lelakinya sebagai ‘berkira, sistematik, rumit dan kompleks’. Tidak terkira betapa banyaknya manipulasi, penderaan emosi, sikap melampaui batas, mengawal, serta kecederaan psikologi yang dialaminya sepanjang bergelar teman wanita kepada pelakon Honey Boy itu.

“Jika anda meletak seekor katak ke dalam air panas mendidih, ia pasti akan terus melompat keluar. Namun jika anda meletaknya di dalam periuk berisi air sejuk kemudian merenehnya perlahan-perlahan, katak itu akan mati. Begitulah perhubungan saya dengan LaBeouf.”

Penyanyi British berusia 33 tahun itu menfailkan saman pada Disember tahun lalu, mendakwa LaBeouf melalukan penderaan emosi dan fizikal secara berterusan terhadapnya.

fka twigs shia labeouf
Foto: David Becker/GC Images
Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse