Related Stories
Beyonce Beli Kediaman Termahal Di California Bernilai RM908 Juta
Power couple Hollywood, Jay-Z & Beyonce mengembangkan protfolio hartanah mereka dengan membeli sebuah lagi rumah mewah.
TMZ melaporkan Beyonce dan suaminya membelanjakan hampir RM1 bilion untuk memiliki aset terbaharu mereka di California. Ini sekali gus menjadikannya kediaman termahal pernah dijual di negeri itu. Hartanah Malibu seluas 30,000 kaki persegi itu sebelum ini dimiliki oleh pengumpul seni terkenal, William Bell. Ia mengambil masa 15 tahun untuk siap dibina.


Menghadap ke Lautan Pasifik di kawasan Paradise Cove eksklusif, ia dibina sepenuhnya menggunakan konkrit. Pereka tersohor Jepun yang juga salah seorang arkitek paling dihormati di dunia, Tadao Ando merupakan cendekiawan di sebalik rekaan itu. Pemenang anugerah Pritzker itu juga merupakan pereka rumah tepi laut Kanye West bernilai RM260 juta yang dibelinya ketika berpisah dengan Kim Kardashian.


Jay-Z dan Beyonce dilaporkan beruntung kerana berjaya memilikinya pada harga ‘murah’. Ia pada asalnya disenaraikan pada harga RM1.34 bilion. Walaupun digelar kediaman termahal di California, ia di tangga kedua dalam sejarah jual-beli hartanah termahal di Amerika Syarikat. Tangga pertama milik pengurus dana lindung nilai, Ken Griffin. Dia membelanjakan sekitar RM1.08 bilion pada 2019 untuk memiliki emper empat tingkat di bangunan pencakar langit 220 Central Park South, New York City.
Respons Peminat Terhadap Aset Baru Jay-Z Dan Beyonce
Memiliki antara kediaman termahal di dunia merupakan salah satu pencapaian terhebat Jay-Z dan Beyonce. Bagaimanapun bukan semua orang turut gembira dan berbangga dengan pembelian itu. Di media sosial, beberapa netizen menganggap tindakan pasangan itu sebagai pembaziran dan menggelar mereka ‘kapitalis’.


“Tiada sesiapapun dalam masyarakat biasa sepatutnya mempunyai kekayaan sebegitu,” tulis seorang netizen di Twitter. Seorang lagi menambah, “Kenapa beli rumah terlalu mahal? Sia-sia sahaja. Mereka boleh membeli begitu banyak tanah untuk selamatkan Bumi. Malangnya mereka lebih sanggup membazir untuk sebuah rumah.” Bagaimanapun beberapa peminat tampil mempertahankan pasangan itu daripada kritikan orang ramai.
“Kenapa marah sedangkan mereka membelanjakan DUIT SENDIRI untuk membeli apa yang mereka mahukan? Tak perlu risau tentang kewangan selebriti dan pergilah cari kerja. Nampak sangat anda semua penganggur berpoket nipis.”


Ini merupakan pembelian hartanah kedua terbesar buat pasangan itu di California. Pada 2017, ibu bapa kepada tiga cahaya mata itu membeli rumah agam Bel-Air pada harga RM399 juta. Mereka turut melaburkan berjuta-juta lagi untuk proses ubah suai, menjadikan nilainya RM454 juta hari ini. Pada tahun sama, mereka membeli sebuah lagi rumah agam seluas 12,000 kaki persegi di Hamptons pada harga RM118 juta.
Foto: Twitter
Baca: Bintang Bollywood Yang Berbelanja Puluhan Ribu Ringgit Sebulan Untuk Menyewa Kediaman
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
