Manjakan Ibu Di Mangala Estate Boutique Resort
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioLuangkan masa bersama ibu tercinta dengan memilih destinasi percutian di Mangala Estate Boutique Resort, Kuantan Pahang.

Sambutan Hari Ibu sedunia jatuh pada 12 Mei, namun tidak mengapa jika anda ingin sambut mengikut kesesuaian hari kerana Ibu seharusnya kita sambung atau julang mereka hari-hari!

Oleh, sempena hari istimewa ini Mangala Estate Boutique Resort yang terletak di Kuantan, Pahang mengajak anda untuk mengalami pengalaman yang indah sambil menikmati layanan mewah di pusat rawatan spa lagi iaitu Mangala Spa. Keistimewa di Mangala, setiap tetamu dilayan secara eksklusif yang juga menawarkan rawatan kesihatan yang khusus sambil menikmati persekitaran yang tenang.
Sempena sambutan Hari Ibu ini adalah hadiah yang terbaik jika anda membawa Ibu anda menikmati rawatan mewah di Mangala Spa. Setibanya di ruang Mangala Estate Boutique Resort, anda akan dihidangkan minuman jamu tradisional buatan sendiri dengan menggabungkan bahan intipati seperti halia, asam jawa, kunyit dan madu. Minuman ini adalah untuk menyegarkan tubuh badan setelah 2 jam pemanduan dari Kuala Lumpur ke Mangala. Sambil anda dijamukan dengan minuman segar, pihak Mangala Spa akan membariskan minyak pati untuk anda dan Ibu memilih aroma yang bakal menjadi pilihan kala berada dalam bilik rawatan.
Di Mangala Spa, rawatan istimewa ini menggabungkan teknik Malaysia kuno dan moden yang dipertingkatkan oleh pati kuratif daripada botani. Setiap produk yang digunakan adalah Biossential yang sesuai untuk lulur badan, rawatan muka dan urutan badan. Setiap proses ini menjanjikan pengalaman yang mewah lagi menyegarkan.

Pakej Tasik Spa Luxury merupakan pilihan signature di sini iaitu spa separuh hari untuk tetamu yang bakal menikmati mandian kaki bunga, mandian aromatic dan rawatan muka dan berakhir dengan dijamukan dengan pilihan buah-buahan tropika dan minuman kelapa yang menyegarkan.
Di Mangala Spa juga menyediakan 4 bilik rawatan, termasuk dua bilik bujang iaitu Pandan dan Halia, dan dua bilik pasangan iaitu Serai dan Kunyit. Antara rawatan yang menjadi pilihan di sini seperti urutan yang meremajakan, menyegarkan wajah, mandian detoks atau body wrap. Mangala Spa menawarkan menu rawatan yang komprehensif untuk meningkatkan kesihatan anda pengalaman spa. Selepas rawatan, anda juga disajikan dengan minuman panas seperti teh serai yang disediakan dengan campuran serai,limau nipis, dan madu untuk memberi kesan lebih tenang.
Sempena sambutan Hari Ibu, Mangala Estate Boutique Resort menawarkan pakej istimewa The Mother’s Day Spa Special bermula hari ini sehingga 31 Mei 2024 seperti Foot Wash, Escape Massage selama 60 minit dan pilihan antara urutan kaki selama 30 minit atau rawatan muka. Semuanya dengan harga RM399 (harga biasa RM698). Promosi ini juga terpakai untuk Hari Bapa dari 1 Jun hingga 30 Jun 20224.
https://www.instagram.com/p/C34x6syR6QN/?igsh=eGNlNXlhdGJkMTdn
Untuk menempah slot anda sila emel ke spa@mangalaestate.com atau layari laman rasmi https://www.mangalaresortandspa.com/
Artikel berkaitan Raikan Hari Kekasih Bersama Anantara Hotel, Resort & Spa
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
