Related Stories
Mahu Drama Atau Seram? Senarai Yang Mesti Tonton Bulan Ini Di Netflix
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioDaripada drama seram hingga komedi romantis, ini senarai tontonan terbaik Netflix bulan Oktober 2025 yang wajib anda saksikan.
Sama ada anda peminat filem seram, drama psikologi yang mencabar minda, atau sekadar mencari momen romantik ringan untuk bersantai di hujung minggu, Netflix ada menyediakan sesuatu untuk semua orang bulan Oktober 2025. Daripada siri antologi Ryan Murphy yang kembali dengan kisah benar yang mengerikan, hinggalah kepada musim baharu drama romantis yang dicintai ramai, Oktober 2025 menjanjikan pengalaman menonton yang tidak boleh dilepaskan.
Ini Yang Wajib Tonton di Netflix buat Oktober 2025!
- Victoria Beckham
Dokumentari Victoria Beckham di Netflix membawa penonton menyelami kisah perjalanan hidup dan kariernya, dari zaman kegemilangan Spice Girls hingga ke dunia fesyen mewah. Sarat dengan emosi, inspirasi dan kejujuran, dokumentari ini menyingkap sisi sebenar Victoria sebagai isteri, ibu serta usahawan berwawasan yang terus membina legasi dan identitinya sendiri.
2. Dendam Malam Kelam

Jefri, pensyarah yang menjadi pengarah syarikat keluarga isterinya, curang dengan pelajarnya, Sarah. Mereka merancang membunuh Sofia, namun selepas kematiannya, mayat Sofia hilang dari hospital. Polis mula menyiasat Jefri, sementara Sarah curiga sama ada Sofia benar-benar mati atau berpura-pura. Misteri kehilangan mayat mula menghantui mereka. Lakonan Arya Saloka, Bront Palarae, Dan Marissa Anita.
3. The Woman in Cabin 10
The Woman in Cabin 10 di Netflix mengisahkan seorang wartawan wanita yang menyertai pelayaran mewah untuk tugasan kerja. Dalam perjalanan, dia menyaksikan satu pembunuhan dari kabinnya, namun tiada siapa mempercayainya apabila semua penumpang masih berada di kapal. Terperangkap di tengah lautan, dia harus mencari kebenaran sebelum menjadi mangsa seterusnya.
4. Abadi Nan Jaya

Ia mengisahkan sebuah keluarga di Yogyakarta yang mengusahakan jamu tradisional turun-temurun. Usaha mereka mencipta ramuan awet muda bertukar tragedi apabila ketua keluarga berubah menjadi zombi dan menyebabkan wabak menular di seluruh kawasan. Dalam suasana panik dan ketakutan, keluarga ini berjuang untuk bertahan hidup sambil mencari penawar yang mampu menghentikan malapetaka. Arahan Kimo Stamboel dan lakonan oleh Donny Damara, Mikha Tambayong, Eva Celia, Dimas Anggara, Marthino Lio, Kiki Narendra, dan Varen Arianda Calief.
5. Genie, Make a Wish
Siri dari Korea Selatan yang terkini adalah Genie, Make a Wish dibintangi oleh Kim Woojin sebagai Cha Jin dan Yoon Seo sebagai Genie. Kisah ini mengisahkan Cha Jin yang hilang semangat hidup selepas tragedi keluarga. Pertemuannya dengan Genie, roh ajaib yang mampu menunaikan tiga permintaan, mengubah segalanya. Tonton untuk tahu apa yang diinginkan oleh watak Ki Ka-young, selaku pemain utama.
6. Romantics Anonymous

Mengisahkan Sosuke Fujiwara (Shun Oguri), pewaris kilang coklat, yang takut untuk menyentuh orang akibat kecemasan; dan Hana Lee (Han Hyo-joo), seorang ahli coklat berbakat yang takut untuk menatap mata orang lain. Gabungan mereka melalui cinta coklat secara perlahan membawa keakraban sambil mereka mengatasi ketakutan masing-masing.
Artikel Berkaitan: Wulan Guritno Hidupkan Watak Rina Penuh Konflik Dalam Filem Netflix Norma
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
