fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Soal Jodoh: Ini Tip Pilih Pasangan Hidup Yang Tepat Buat Wanita
Fasa Baharu Hubungan Jennifer Lopez & Ben Affleck
Jelajah Grand Prix d’Horlogerie de Genève (GPHG) oleh The Hour Glass Tiba di Malaysia
Pendedahan Berani Kim Kardashian – “Saya Sangat Terdesak Untuk Menjadi Popular”
Senarai Penuh Pencalonan Golden Globes 2024
Home > Gaya Hidup > Keira Knightley Enggan Lagi Berlakon Babak Panas

Keira Knightley Enggan Lagi Berlakon Babak Panas

Pelakon yang terkenal melalui filem Pirates of the Caribbean, Keira Knightley sedang giat memperjuangkan pemerkasaan wanita. Bukan sahaja ketika berbicara, malah di dalam kontrak kerjayanya.

Membuat kemunculan di podcast Chanel Connects, Keira menegaskan tidak akan lagi melakonkan adegan panas yang berbaur seksual mahupun tanpa pakaian di bawah arahan pengarah lelaki.

Sebelum ini dia tidak pernah mempunyai bantahan terhadap adegan bogel atau seks di dalam filem lakonannya. Namun setelah bergelar ibu, dia mula memikirkan mengenai perkara ini.

“Jika saya perlu terlibat dengan filem berkaitan keibuan dan terdapat adegan yang memerlukan saya tidak berpakaian, maaf. Saya hanya akan melakukannya di bawah arahan pengarah wanita sahaja,” ujarnya.

Pelakon British ini turut menambah, dia tidak akan sekali-kali melakonkan babak seks yang menimbulkan keghairahan. Malah tidak sanggup lagi berbogel di hadapan sekumpulan lelaki di set penggambaran.

“Saya tidak mahu lagi melakonkan babak seks melampau di mana tubuh dilumuri minyak dan orang sekeliling menonton dan mendengus. Saya berasa sangat tidak selesa menjadi subjek renungan lelaki.”

Malah, jelasnya kepada pembuat filem The Farewell, Lulu Wang dan penerbit-penulis Diane Solway, syarat di dalam kontrak kerjayanya juga telah diubah dengan memasukkan klausa “tidak melakukan adegan seks”.

Walaupun begitu, jelasnya dia faham ada kalanya babak seks penting untuk sesuatu jalan cerita. Namun pengarah boleh memilih orang lain untuk menjayakannya. “Sebagai ibu anak dua, saya tidak sanggup melakukannya lagi.”

Foto: Coco Mademoiselle/Harper’s Bazaar

Baca: Priyanka Chopra Jonas Dipuji Mentua Dalam The White Tiger