fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Siti Saleha Sah Bertunang Dengan Joshua Fitton
Michael B. Jordan Dianugerah Bintang Hollywood Walk Of Fame
6 Wangian Patriotik Asian Scents Co. Buat Anda Rindu Malaysia
Bintang Parasite, Park So Dam Didiagnos Menghidap Kanser
Set Krimas Premium dengan Kerjasama Cassey Gan dan Oh Cha Matcha
Home > Gaya Hidup > Senarai Bilionair Generasi Baru Pada 2023

Senarai Bilionair Generasi Baru Pada 2023

Mengumpul harta kekayaan yang menimbun untuk mencapai status bilionair biasanya mengambil masa berpuluh tahun.

Malah menurut Forbes, bilionair hari ini secara puratanya berusia 65 tahun. Bagaimanapun kebelakangan ini ia dilihat mengalami perubahan. Dalam senarai terbaharu, seramai 15 orang muda bawah 30 tahun menyertai kelab bilionair pada 2023. Kekayaan mereka diperolehi daripada perniagaan yang diusahakan sendiri, namun kebanyakannya datang daripada warisan keluarga.

Glam kongsikan lima individu yang bergelar bilionair muda mengikut turutan usia mereka.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. Luca Del Vecchio, 21

Nilai bersih: RM16.4 bilion

Sebagai anak pemilik Luxottica – Leonardo Del Vecchio, Luca dan adik-beradiknya memperoleh kekayaan melimpah ruah setelah bapanya meninggal dunia pada 2022. Tidak banyak maklumat diketahui tentang Gen Z dari Itali ini malah fotonya juga tidak dijumpai dalam talian. Selain itu tidak dapat dipastikan sama ada dia mempunyai peranan dalam syarikat yang memiliki jenama Sunglass Hut, Ray-Ban dan Oakley ini.

bilionair muda

Foto: Bloomberg

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse