5 Podcast Wanita Untuk Temani Momen ‘Me Time’ Anda
Podcast hadir sebagai teman setia, mengisi detik ‘me time’ anda dengan perbualan yang menghiburkan dan membuka minda.
Di sebalik kesibukan rutin harian, pasti ada ruang yang menjadi pilihan wanita untuk aktiviti yang peribadi dan penuh makna. Podcast menjadi platform di mana suara wanita dirakam dengan kejujuran dan menyentuh pelbagai sisi kehidupan, daripada kejayaan yang diraikan hingga kesukaran yang jarang dikongsi. Rangkaian podcast ini menampilkan lebih daripada sekadar cerita. Ia adalah refleksi realiti, aspirasi dan kekuatan wanita hari ini. Setiap satunya membawa nada tersendiri. Ada yang lembut dan introspektif, ada juga yang lantang dan penuh keberanian. Namun, semuanya berkongsi satu tujuan iaitu untuk memberi inspirasi dan makna dalam setiap pendengaran. GLAM kongsikan 5 podcast untuk anda dengari sewaktu ‘me time’ anda.
Ini 5 Podcast Untuk Detik Yang Lebih Bermakna
1. The Chic Code Podcast

The Chic Code Podcast ialah ruang harian untuk segala topik yang chic, santai dan penuh kejujuran. Dihoskan oleh Sofia Arissa dan Wirda Elliesa, The Chic Code Podcast menjadi tempat di mana topik kewanitaan dan gaya hidup bertemu dalam perbualan yang lebih bersahaja. Daripada rutin penjagaan diri dan gaya hidup moden, sehinggalah kepada perbincangan yang lebih mendalam tentang identiti, perkembangan diri dan pengalaman sebagai wanita hari ini, setiap episod terasa seperti perbualan bersama rakan yang memahami. Setiap episod tidak pernah membosankan, kerana karakter hos yang mencerminkan wanita bersifat kekinian, punya gaya yang memberi inspiraasi buat pendengar dan telatah menarik.
2. Studio Sembang

Dihoskan oleh Amelia Henderson dan tetamu yang berbeza setiap minggu, Amelia menyingkap kisah mendalam setiap tetamunya. Dipandu oleh Amelia sendiri, podcast ini membuka pintu kepada pelbagai topik, daripada pengalaman peribadi, dunia hiburan, sehinggalah isu semasa yang dekat dengan kehidupan generasi hari ini. Dengan gaya yang santai tetapi penuh isi, setiap perbualan terasa natural seperti duduk berbual tanpa skrip, namun tetap sarat dengan perspektif yang bermakna. Antara tetamu yang pernah diundang termasuklah Afgan, Nabila Huda dan Sharifah Rose.
3. Head Over Heels

Sebuah podcast berbentuk jurnal peribadi yang dihoskan oleh Maggy Wang, yang menyelami pengalaman wanita Asia moden dengan penuh kejujuran dan kepekaan. Ia menjadi ruang selamat untuk perbualan terbuka tentang cabaran hidup, emosi, serta isu-isu yang sering dianggap tabu dalam masyarakat. Setiap episod membawa pelbagai topik yang dekat dengan realiti kehidupan, daripada pengalaman membesarkan anak dalam dunia glamor, sehinggalah kepada perjalanan berdepan isu kesihatan dan kesejahteraan diri.
4. Anything Goes with Emma Chamberlain

Emma Chamberlain, seorang YouTuber dan usahawan berjaya yang dikenali kerana personalitinya yang sangat relatable dan mesra. Daripada pengalaman peribadi yang santai seperti hal berkaitan keseharian, sehinggalah topik yang lebih peribadi seperti kesihatan dan kehidupan wanita, semuanya dikongsi dengan gaya yang terbuka, jujur dan bersahaja.
5. The Mel Robbins Podcast

Kini diangkat sebagai podcast paling banyak dikongsi dan diikuti di dunia, ia turut tercalon dalam pencalonan sulung Golden Globe bagi kategori Best Podcast. Bukan sekadar fenomena global, kejayaannya berakar pada pendekatan yang nyata dan berkesan. Mel bersama barisan tetamu terkemuka berkongsi pandangan berasaskan sains serta kisah peribadi yang mendalam, membantu pendengar mengawal hidup dan mencipta perubahan sekelip mata, terutamanya saat dunia terasa begitu mencabar dan tidak menentu.
Artikel berkaitan: Siri Podcast Eksklusif : 3 Perbualan Tentang Kekuatan, Identiti dan Naratif Kehidupan – Glam Malaysia
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
