fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM It Girl: Baity Rmeli
7 Lagu Fenomena Muzik K-Pop 2025
Atasi ‘Mental Noise’: Cara Wanita Moden Temui Ketenangan Dalam Kehidupan Seharian
7 Siri TV Ala Stranger Things Yang Anda Patut ‘Binge-Watch’
Gaun Kate Middleton Mengimbau Momen Karpet Merah Puteri Diana Di Tayangan James Bond 1985

7 Artis Tampak Normal Namun Sebenarnya Berdepan Gangguan Mental

Penyakit mental bukanlah isu enteng. Pemergian Angus Cloud beberapa hari lalu turut dikaitkan dengan masalah ini.

Menurut keluarganya, aktor Euphoria itu menghidap gangguan mental yang menjadi teruk selepas kematian bapanya seminggu lalu. Perkara itu juga diketahui beberapa rakan selebriti serta pencipta dan pengarah bersama Euphoria, Sam Levinson.

“Tiada siapa dapat menandingi Angus. Dia terlalu istimewa, terlalu berbakat dan terlalu muda untuk meninggalkan kita seawal ini. Dia juga bergelut dengan ketagihan dan kemurungan, sama seperti sebahagian besar daripada kita. Berehatlah dengan tenang dan semoga Tuhan memberkati keluarganya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sinead O’Connor atau Shuhada’ Sadaqat yang meninggal dunia pada 26 Julai lalu juga mengalami masalah kesihatan penyakit mental. Dia disahkan menghidap gangguan bipolar kesan menjadi mangsa dera ibunya sejak kecil.

Malah dia sering berkongsi pegelutannya di media sosial termasuk dalam memoirnya, Rememberings yang diterbitkan pada 2021. Kesihatan mentalnya menjadi lebih teruk selepas anak remajanya, Shane Lunny meragut nyawa sendiri pada Januari 2022.

Selain Angus Cloud dan Sinead O’Connor, Glam kongsikan lima lagi selebriti yang bergelut dengan masalah penyakit mental

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selena Gomez

Penyanyi dan pelakon ini mendedahkan pada April 2020 bahawa dia menghidap gangguan bipolar. Katanya, dengan mengetahui kebenaran mengenai dirinya, dia berasa lebih tenang. “Apabila saya mempunyai lebih banyak maklumat tentang penyakit dihidapi, ia sebenarnya membantu diri saya. Ia tidak lagi menakutkan saya,” katanya dalam salah satu episod Bright Minded: Live With Miley.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse