fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
10 Selebriti Yang Berkongsi Cabaran Kesihatan Mental Di Sebalik Populariti
Sarung Prostetik Wajah, Penampilan Sebastian Stan Sama Sekali Tidak Dikenali
Ramalan Oscar 2021: Siapa Bakal Membawa Pulang Trofi?
Koleksi Stitch x Montigo Edisi Terhad Untuk Peminat Filem Animasi Disney Ini
La Grande Classique De Longines Kini Berwajah Monokrom

Alena Murang Lancar Album Terbaharu

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tambahnya lagi, “Saya juga sangat gembira dengan pelancaran album ini. Terima kasih untuk semua yang terlibat dalam pembikinan album – ahli kumpulan saya – dan terutama sekali untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) kerana menyokong penggiat seni tempatan menerusi Dana Kandungan Digital (DKD), serta Yayasan Budaya Dayak Sarawak.”

Alena, yang turut terlibat dalam projek Roads To Our Heritage bersama-sama dua lagi kugiran tempatan, Estranged dan Stonebay, bermatlamat untuk membawa cerita tentang masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak, terutamanya pembuat alat muzik tradisional. Dengan berkongsi cerita-cerita seperti yang disampaikan oleh penjaga warisan asli, mereka berharap agar usaha ini dapat meningkatkan minat orang ramai, tanpa mengira usia, di dalam dan luar negara dalam melestarikan budaya Malaysia Timur.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse