fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
“Hari Terburuk Dalam Hidup Saya” – Hannah Waddingham Diseksa Dalam Game Of Thrones
Volvo ES90 Rasmi Di Malaysia, Mendefinisikan Semula Sedan Elektrik Premium
GLAM Kongsi Ucapan Selebriti Malaysia Sempena Hari Bapa
Lee Da In Hamil Cahaya Mata Pertama
Billie Eilish Dedah Inspirasi Gaya Rambut Terbaharu

Konsert Jelajah Dunia Celine Dion Ditangguhkan Sekali Lagi

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Walaupun memaklumkan berasa lebih sihat berbanding sebelum ini, penyanyi kelahiran Kanada itu mengakui proses pemulihannya agak lambat.

“Ia sangat mengecewakan. Saya mendapatkan rawatan doktor, mengambil ubat-ubatan, namun masih mengalami kekejangan dan ia mengambil masa yang lama untuk sembuh daripada yang diharapkan. Saya perlu pulih sepenuhnya untuk beraksi di atas pentas. Sejujurnya saya sudah tidak sabar tetapi nampaknya ia akan mengambil masa.”

Ini bukanlah kali pertama penyanyi berusia 54 tahun itu menangguhkan konsert jelajah dunia disebabkan isu kesihatan. Januari lalu Celine membatalkan baki persembahan Courage World Tour 2022 di Amerika Utara yang sepatutnya berlangsung dari 9 hingga 22 April 2022.

Pada Oktober tahun lalu pula, dia menangguhkan rancangan untuk memulakan pertunjukan baharu di Las Vegas atas alasan serangan kekejangan otot yang berterusan di mana puncanya masih belum diketahui sehingga kini.

https://www.instagram.com/p/Cc7rEXSgqi0/

Foto: Getty Images

 

Baca: Celine Dion Batal Konsert Jelajah Disebabkan Masalah Kesihatan Serius

 

 

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse