fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Perkara Anda Perlu Tahu Tentang “Penjara Orang Gemuk” Yang Viral di China
Emilia Pérez Terima 13 Nominasi Buat Oscar 2025
Pergelutan Michelle Obama Pada Sedekad Pertama Perkahwinan
200 TRUNKS 200 VISIONARIES: The Exhibition
Cinta Yang Tertulis Di Bintang: Luna Maya & Maxime Bouttier

Ratu Elizabeth II :“Operation London Bridge” Berkuatkuasa Hari Ini

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Operation London Bridge” bertukar kepada “Operation Unicorn”

Operation London Bridge adalah protokol pengaturan pengebumian yang dilaksanakan khas untuk Ratu Elizabeth. Namun, ada perubahan dilakukan pada Tahun 2017 di mana Jika baginda mangkat di Scotland, maka kod operasi akan bertukar serta-merta ke “Operation Unicorn”. Ini kerana unicorn merupakan haiwan rasmi Scotland.

Sejurus berita kemangkatan Ratu Elizabeth II disahkan, maka beberapa langkah akan dilakukan serta-merta di mana, berita harus disampaikan terus ke Perdana Menteri serta kepada ketua negara yang lain. Kemudiannya, berita akan disampaikan ke pihak media dan diumumkan di media sosial rasmi. 

Bendera yang dilayang di bangunan rasmi akan dinaikkan separuh selama 10 minit selepas berita diumumkan. Segala kerja-kerja parlimen UK turut diberhentikan selama 6 hari bagi menghormati serta mengikuti pengebumian ini. Gereja juga dibenarkan untuk membunyikan locengnya bagi menandakan kematian Ratu atau mereka juga dibenarkan untuk melakukan pengumuman ini pada keesokan harinya. 

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse