fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Tengku Syahmi: The Second Act
Met Gala & Vogue Beri Penghormatan Unik Kepada Rihanna
Raikan Cinta, 5 Restoran Romantik untuk Diterokai di Kuala Lumpur
Lee Da In Hamil Cahaya Mata Pertama
Selamat Hari Bapa, Ini Idea Menarik Hadiah Untuk Ayah!

Sambutan Hari Raya Aidiladha 10 Selebriti Tanah Air

Kemeriahan raya bukan hanya dirasai pada bulan Syawal tetapi juga pada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah.

Sambutan Hari Raya Aidiladha di kalangan selebriti ada yang meriah, ada juga yang menginsafkan. Tahun ini ramai bintang tanah air menyambutnya di Tanah Suci Mekah kala menunaikan rukun Islam kelima, ibadah haji. Antaranya Zul Ariffin, Faizal Tahir, Alif Sattar, Aaron Aziz dan Anne Ngasri. Selebihnya pula meraikan hari penuh keberkatan ini di samping keluarga tercinta.

Glam kongsikan suasana Hari Raya Aidiladha beberapa selebriti yang dimuat naik di Instagram mereka.

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Rozita Che Wan & Zain Saidin

Pasangan pelakon ini menyambut Hari Raya Aidiladha dengan begitu meriah. Mereka sekeluarga mengenakan persalinan hijau zamrud bersama sentuhan rona emas termasuk satu-satunya puteri mereka, Aaisyah Dhia Rana. Gadis sunti berusia sembilan tahun itu saling tidak tumpah seperti ibunya.

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse