fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Melancong Ketika Pandemik? 7 Tip Pakar Untuk Kekal Sihat Dan Selamat
Rihanna Berkongsi Wajah Anak Sulung Buat Kali Pertama
Ini Senarai Pemenang Anugerah MTV VMA 2025
Kate Middleton Bakal Mencipta Sejarah Diraja
Menu Sahur Simple Yang Wajib Anda Tahu!

Uyaina Arshad & Raja Syahiran Selamat Disatukan Walau Berdepan Cabaran

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bintang Jujurlah Nikahi Aku itu turut mendedahkan cabaran yang dilalui apabila terpaksa berdepan dengan bencana banjir besar dua hari sebelum majlis penikahan.

Jelasnya pelamin asal yang ditempah tidak berjaya direalisasikan apabila gudang penyimpanan perancang perkahwinan di Puchong musnah akibat banjir.

“Pelamin yang sepatutnya dipasang pagi ini tidak dihantar gara-gara hanyut dibawa arus. Mujur ada perancang perkahwinan lain yang bersetuju menjadi bidan terjun walaupun pada saat-saat akhir,” ujarnya.

Uyaina serta suami bagaimanapun tenang menghadapi ujian dan berlapang dada apabila majlis perkahwinan mereka tidak berlangsung seperti yang dirancang.

“Sebenarnya rumah Syahiran di Subang juga terjejas akibat banjir. Kami saling tertawa mengenangkan ‘drama’ yang berlaku menjelang hari bahagia kami. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan.

“Sejujurnya kami tidak berasa terkilan kerana yang penting adalah ijab kabul sambil disaksikan keluarga dan rakan terdekat,” kata Uyaina.

https://www.instagram.com/p/CXvs9RUjPmW/

 

Foto: Project2pi

 

Baca: Penyatuan Rahsia Uqasha Senrose & Kamal Adli

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse