Burberry Monogram Dirai Di Pavilion KL
Siri Baharu Buat Koleksi Barang Kemas Halus Giorgio Armani
Kate Middleton Bergaya Bersama Jenama High Street
Corak Houndsthooth di Pentas Musim Luruh/Sejuk 2016 Giorgio Armani
Kemewahan Aildifitri INNAI RED Raya Luxe 2021
Home > Fesyen > GLAM 101: Emilio Pucci

GLAM 101: Emilio Pucci

Oleh AIZAT AIDID  

EMILIO PUCCIGambar: Emilio Pucci

  Label yang sarat dengan energi ini diperkenalkan oleh bangsawan asal Florence dan terus meletakkan nama Emilio Pucci setanding  pereka fesyen lain yang masyhur pada dekad 40-an. Sorakan rona yang menjadi identiti Pucci nyata memberikan rasa baru buat kelompok jet-setter nan glamor.   1. Sebelum mendedikasikan masa untuk label fesyennya, Marquis Emilio Pucci di Barsento terlebih dahulu pernah menjadi atlet sukan luncur ais Itali dan juruterbang pesawat tentera. Cintanya pada dunia rekaan bercambah kala dia menghasilkan baju luncur ais buat diri sendiri.   2. Minat dalam dunia teknologi membuatkan Emilio Pucci membawa revolusi dalam penghasilan fabrik yang merenggang dan tidak berkedut lantas memberikan wanita bebas bergerak dengan lebih lancar berbanding fabrik jenama lain yang keras dan berat.   3. Hanya pada dekad 50-an barulah Pucci memperkenalkan fabrik dengan sorakan warna yang diinspirasikan daripada mozek Sicily, batik Bali dan motif benua Afrika lantas dia dikenali dengan jolokan nama The Prince of Prints. 4. Kebanyakan corak ikonik yang dihasilkan oleh Emilio Pucci dilukis ketika dia menjadi ahli parlimen Itali pada 1963 sehingga 1972.   5. Sejak menjadi jenama di bawah LVMH, Pucci diterajui oleh sebilangan nama besar yang ditugaskan sebagai Pengarah Kreatif Pucci terdahulu seperti Christian Lacroix, Matthew Williamson dan Peter Dundas.  

[soliloquy id="42284"]