LUSH Malaysia Anjur Program Penuh Makna Bersama Club Med Bintan
GLAM dijemput oleh LUSH Malaysia ke Club Med Bintan, Indonesia untuk pengalaman percutian paling bermakna.
Apabila GLAM menerima email jemputan daripada LUSH Malaysia untuk menyertai program melestarikan global bersama mereka, terus GLAM menjawab setuju. Memandangkan kami juga sedang asyik mengusahakan Projek Hijau, kami yakin ini adalah peluang terbaik untuk melaksanakan misi yang sama.
Menariknya tentang lawatan ini adalah terletak kepada prinsip di mana mereka tidak menggunakan pengangkutan udara untuk mengurangkan pencemaran karbon, maka kami dibawa menaiki bas juga feri dari Kuala Lumpur ke Indonesia. Sebuah pengalaman baru namun menyeronokkan.
Kami ke Club Med, Bintan yang terletak di Kepulauan Riau kerana untuk kali ini LUSH Malaysia memilih untuk berkolaborasi bersama mereka dalam menghasilkan program ‘Body & Soul’ yang memberi manfaat dalam melestarikan alam. Antara aktiviti highlight pada lawatan ini adalah Bubble Bar & Bath Bomb juga aktiviti pembersihan pantai. Barisan selebriti seperti Anna Jobling, Jasmine Suraya juga Ramona Zamzam turut menyertai lawatan ini.

Program yang berlangsung Bermula 7 hingga 25 Mei yang lalu dilihat mendapat sambutan hebat sewaktu beberapa hari kami di sana. Ini adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Club Med Bintan dan mereka mengutamakan tiga nilai sebagai peneraju utama program ini iaitu, “Eat Well”, “Move Well” juga “Feel Well”. Ia juga mengetengahkan aktiviti seperti kelas kecergasan, bengkel kesihatan juga program yang mengetengahkan perkembangan diri dan healing.
GLAM sertai program anjuran LUSH Malaysia
Berkait rapat dengan nilai “Feel Well”, LUSH memilih untuk menurut serta dengan menyediakan bengkel Bubble Bar & Bath Bomb. Tetamu Club Med berpeluang merasai dan membuat sendiri bola sabun mandi ini menggunakan bahan organik.

Pada keesokan harinya, kami bersama-sama warga LUSH Malaysia juga staf Club Med bersama-sama membersihkan pantai dan kami berjaya mengumpulkan seberat 124kg sampah yang terdiri daripada styrofoam, kerusi plastik, botol air, puntung rukuk dan pelbagai lagi.

“Kami teruja untuk bekerjasama bersama Club Med Bintan untuk percutian singkat dan eksklusif ini. Kolaborasi ini bertujuan untuk memperkasakan kekuatan penjagan diri, kelestarian alam dan pengalaman transformasi. Melalui bengkel dan inisiatif penuh makna ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada para tetamu untuk mengutamakan nilai gaya hidup baik,” kata Harvinder Harchand, Pengarah LUSH Malaysia.
Pautan Berkaitan: Club Med Kiroro Peak Buat Sang Adventure Seekers
Artikel Berkaitan
Lancôme Menulis Semula Naratif Kecantikan Bersama...
Met Gala 2026: Solekan Paling Ikonik
City Escape Sempena Hari Ibu di The Chow Kit
Evolusi Ikonik New Balance
5 Pilihan Krim Mata Terbaik untuk Hilangkan Lingka...
Shu Uemura Perkenal block:booster charged up ̵...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
