The Most Fashionable Celebrity Kids
Pergilah Melancong, Baik Untuk Minda Anak-anak
GLAM Junior: Adik Neelofa Bakal Timang Baby Lelaki
Anak Selebriti Hollywood yang Mempunyai Gaya Paling Stail!
Raysha Rizrose Meraikan Baby Shower Sambutan Kasih Si Kecil Yang Bakal Tiba
Home > Glam Junior > GLAM Junior: Datin Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama

GLAM Junior: Datin Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama

Dalam satu hantaran video yang ringkas namun penuh emosi,  Datin Nelydia Senrose membuktikan bahawa sesetengah berita gembira memang lebih manis apabila dikongsi pada waktu yang paling tepat

Datin Nelydia Senrose, nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 32 tahun, akhirnya mengumumkan berita yang sudah lama dinanti-nantikan dirinya kini hamil cahaya mata pertama bersama suami tercinta, ahli perniagaan Dato’ Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

nelydia  

Pengumuman manis itu dikongsikan sendiri oleh pelakon popular ini menerusi hantaran video di Instagram peribadinya pada Selasa, bertepatan dengan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7 menjadikan momen itu dua kali ganda bermakna dan sukar dilupakan.

Tujuh tahun bukanlah tempoh yang singkat. Ia penuh dengan pasang surut, doa yang dipanjatkan, dan cinta yang terus dijaga walau apa pun rintangan. Maka apabila Nelydia memilih untuk berkongsi berita kehamilan ini tepat pada hari ulang tahun perkahwinan mereka, rasanya seperti alam sendiri pun turut meraikannya.

Dalam kapsyen yang ringkas namun membekas di hati, beliau menulis dengan penuh perasaan

 
View this post on Instagram
 

A post shared by @nelydiasenrose

“Seven beautiful years of loving each other have turned into a heartbeat. Happy 7th Anniversary to us.”

Kata-kata yang indah. Bukan sekadar pengumuman, tetapi sebuah pengakuan cinta yang paling jujur.

Hantaran tersebut serta-merta menjadi tumpuan, dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti dan para peminat yang turut sama meraikan kebahagiaan pasangan ini. Bagi mereka yang sudah lama mengikuti perjalanan rumah tangga Datin Nelydia dan Dato’ Hafez, berita ini terasa seperti sebuah penutup bab yang sempurna dan permulaan kepada cerita yang jauh lebih indah.Untuk rekod, Datin Nelydia dan Dato’ Mohd Hafez Halimi mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019. Kini, tujuh tahun kemudian, cinta mereka hadir dalam rupa yang paling bermakna seorang insan kecil yang bakal melengkapkan keluarga mereka, dan menjadikan dunia ini sedikit lebih cerah.

Daripada kami di GLAM Malaysia, tahniah buat Datin Nelydia dan  Dato’ Hafez. Semoga perjalanan baru ini dipenuhi dengan kebahagiaan yang tak terhingga.

Artikel berkaitan GLAM Weddings: Nelydia Senrose