Juara AJL Ke-39, Kemarau 20 Tahun Marsha Milan Tamat
Jangan Buang Bagasi Lama, Trade-In Sahaja di Samsonite!
3 Fakta Menarik Tentang YM Dayang Anisha Rosnah binti Adam, Suri Hati Putera Mateen
Will Smith Dedah Impak ‘Oscar Slap’ Terhadap Filem Emancipation
Ramadhan Stories Fennel & Co Berbuka Istimewa Penuh Rasa
Home > Gaya Hidup > GLAM Junior: Eyka Farhana Bakal Timang Anak Lelaki

GLAM Junior: Eyka Farhana Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon, Ekya Farhana dan pasangannya, pemain bola sepak buat pasukan Terengganu berkongsi yang mereka bakal menimang anak lelaki pertama.

Pada 12 April lalu, pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, meraikan detik istimewa dalam hidup mereka dengan menganjurkan sebuah acara gender reveal yang penuh meriah dan bermakna. Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat itu berlangsung dalam suasana santai namun cukup mengujakan.

 
View this post on Instagram
 

A post shared by Eyka Farhana ✨ (@eykafarhana)

Sejak dari awal, tetamu yang hadir sudah diberikan ‘petunjuk permainan’ yang mana mereka diminta mengenakan busana berona biru sekiranya meramalkan bayi tersebut lelaki, manakala merah jambu untuk perempuan. Menariknya, majoriti tetamu tampil dalam warna biru, seolah-olah sudah dapat menghidu jawapan sebenar.

Sebaik tiba, tetamu turut diminta membuat tekaan rasmi dengan melekatkan pelekat pada papan khas yang disediakan. Tidak mengejutkan, ruang untuk “baby boy” dipenuhi dengan sticker, menandakan keyakinan ramai terhadap jantina bayi pasangan ini.

Eyka dan Akhyar pula tampil serba putih, mencerminkan simbolik permulaan baharu dalam fasa kehidupan mereka sebagai bakal ibu dan bapa. Sepanjang acara, suasana dimeriahkan dengan pelbagai permainan yang menghiburkan. Antaranya, permainan suap yogurt antara suami isteri dengan mata ditutup yang mencuit hati tetamu, selain sesi charades yang menyaksikan pertembungan dua kumpulan iaitu team selebriti menentang team pemain bola sepak.

 
View this post on Instagram
 

A post shared by Eyka Farhana ✨ (@eykafarhana)

Kemuncak acara pastinya dinantikan semua. Dalam detik penuh debar itu, akhirnya terungkai bahawa pasangan ini bakal menimang cahaya mata lelaki. Sorakan kegembiraan dan tepukan gemuruh memenuhi ruang, meraikan berita indah yang bakal mengubah kehidupan Eyka dan Akhyar.

Acara berlangsung di The Hub, A-Park Puchong dan dekorasia acara dibuat oleh Weddings by Emma.