10 Foto Paling Popular Instagram Buat Tahun 2016!

1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Oleh: Aizat Azman Shah

 

Klik sebelah untuk lihat foto-foto tersebut!

 

page

 

 

Siapakah Ratu dan Raja Instagram buat tahun ini? Tidak lain, tidak bukan, pelakon comel molek Selena Gomez dan pemain bola segak, Cristiano Ronaldo! Menurut majalah US Weekly, kedua-dua selebriti ini bertanggungjawab untuk 10 foto dengan like terbanyak buat tahun 2016!

 

Walaupun padang rumput merupakan rumah kedua buat Cristiano serta kemahirannya yang sukar ditanding, pengaruh Selena Gomez sebagai ratu media sosial lebih besar: beliau merangkumi lapan foto daripada sepuluh foto yang tersenarai!

 

Antara faktor yang GLAM boleh kemukakan akan perihal Selena menjadi selebriti paling popular di Instagram ialah kerana jumlah pengikutnya sememangnya teramai dalam kalangan semua pengguna laman sosial itu (lebih ramai dari gabungan kami semua)!

 

Tidak dinafikan bahawa kedua-dua selebriti Barat ini berpengaruh besar apabila diperkatakan tentang media sosial. Klik sebelah untuk lihat foto-foto tersebut!

POST A COMMENT