4 Peraturan Sarapan Mudah Turunkan Berat Badan

Tahun baru bakal tiba tidak lama lagi dan kebiasaannya, penurunan berat badan menjadi salah satu resolusi yang ingin dikecapi. GLAM senaraikan empat peraturan sarapan mudah untuk anda menurunkan berat badan dan dapatkan tubuh yang diimpikan!
 
food
 

  1. Ambil diet yang mengenyangkan

Sarapan adalah the most important meal of the day kerana kajian menunjukkan pengambilan sarapan dapat meningkatkan metabolisma badan selain memberikan tenaga untuk memulakan hari anda. Walaubagaimanapun, pastikan diet anda seimbang dan sihat selain mengenyangkan or it will take a wrong turn, yikes.
 
2. Makan 30 – 60 minit selepas bangun tidur

Makan selepas bangun tidur dapat mengelakkan anda daripada berasa lapar yang akan memberikan kesan pengambilan diet tidak sihat semasa makan tengahari dan makan malam. Sarapan awal juga bagus kerana pembakaran lemak berada pada tahap yang tinggi pada waktu ini.
 
3. Protein, protein, protein!

Kajian menunjukkan wanita yang mengambil sarapan berprotein tinggi seperti telur dan yogurt turun berat badan dua kali lebih mudah dari mereka yang mengambil karbohidrat. Ini kerana, makanan berprotein tinggi dapat mengurangkan kelaparan dan merupakan sumber tenaga yang baik!
 
4. Banana?

Sarapan yang mempunyai Resistant Starch (RS) yang tinggi dapat membuatkan anda kekal kenyang. Ia boleh didapati dalam makanan seperti pisang dan oat.
 
Oleh: Lylatul Qadrina

POST A COMMENT