Lifestyle Guru: Zaireen Acosta Kongsi Tip Menghias Rumah

Zaireen

Gambar: Arkib GLAM


 
Berbicara mengenai produk hiasan dalaman, siapa yang lebih layak jika bukan Zaireen Acosta. Resume syarikatnya, Modern Primitive yang sarat dengan kejayaan nyata memeriahkan arena seni rekaan dalaman lokal.
 
Bagaimana anda menerapkan personaliti dalam setiap rekaan?

Saya percaya personaliti dan objek adalah sesuatu yang boleh diadaptasi melalui rekaan. Malah ada kalanya personaliti itu sendiri boleh berubah seiring dengan masa dan pengalaman. This too is reflected in the designs.
 
Apakah kesilapan yang sering dilakukan kala menghias ruang?

Overdecorating. Falsafah terbaik, less is more. Menjadikan sesuatu itu kelihatan ringkas adalah perkara yang betul dan terbaik.
 
Bagaimana dengan inspirasi?

Inspirasi bermula dengan sesuatu yang bersifat peribadi. Ia mungkin hadir daripada warna, bentuk dan material. Tanpa sentuhan peribadi, a space can seem lifeless. 
 
Rekaan Modern Primitive nyata unik, anda setuju?

Semestinya ya. What is produced is decidedly different from what is commonly found. Modern Primitive punya sejarah cemerlang dalam industri pembuatan produk hiasan rumah berasaskan dengan bahan semula jadi. Our dedication is giving our clients a personalized piece of furniture, unique to them. 
 
Nasihat terbaik yang pernah diterima?

Accessorize,accessorize, accessorize dan ruang itu akan berseri serta merta.
 
Tiga nasihat anda buat pembaca?

Don’t overdecorate dan berani untuk tampil berbeza. Untuk lebih sensasi, suntikan sentuhan peribadi penting dalam menghias ruangan anda. Kala berlibur ke luar negara, saya akan sentiasa mencari spaces that are out of the box.
 
Apakah yang sering diinginkan oleh pelanggan anda?

Segala-galanya mengenai bagaimana ingin tampil berbeza dalam menghias, memahami fungsi setiap produk yang dibeli dan bijak menggunakan ruang
 
Tip yang boleh dikongsi mengenai konsep made to order?

More and more furniture stores are offering personalized designs. Ini bermakna pelanggan boleh mengilhamkan rekaan yang dinginkan dan mengikut cita rasa sendiri. Oleh itu, anda harus bijak dalam memilih dan mengambil peluang yang ditawarkan
 
Koleksi kegemaran?

Perabot kulit atau upholstery daripada Baxter dan Poltrona Frau. Kayu solid pula daripada Hudson dan Riva 1920.

POST A COMMENT