GLAM Expose: Jam Tangan Mewah Simbol Status Atau Gaya Hidup Semata?

Teks: Rani Zulkarnain
 

SK_Glam018849 01

Gambar: Arkib GLAM


 
Apalah yang ada pada seutas jam tangan? Ada sesetengah yang menganggapnya sebagai aksesori, ada pula yang tidak boleh hidup tanpa jam tangan malah berasa tidak lengkap jika tiada jam tangan pada pergelangan tangan. Ya, fungsi jam tangan memberitahu masa tetapi hari ini dengan adanya telefon pintar dan sering pula berkepit tak lepas-lepas pandang pada telefon pintar, saya kira masa tidak lagi dilihat pada jam tangan. Jadi saya terfikir-fikir juga, mungkin fungsi jam tangan hari ini lebih mengarah sebagai aksesori berbanding pemberitahu masa. Atau apakah ia sebenarnya lebih berfungsi sebagai simbol status atas kerana ia aksesori gaya hidup mesti ada?
 
Dalam satu laporan oleh Digital Luxury Group yang menjejak minat pengguna melalui carian online menemui bahawa kenaikan empat peratus dari 2013 hingga 2014 untuk jenama-jenama jam tangan couture (termasuklah Bulgari, Cartier, Chanel, Chaumet, Chopard, DIor, Harry Winston, Hermes, Louis Vuitton, Piaget, Ralph Lauren, Tiffany dan Van Cleef & Arpels). Tetapi peratusan ini kurang berbanding 23 peratus untuk carian jenama-jenama jam tangan haute horologie seperti Audemas Piguet, Franck Muller, Jeager-LeCoultre, Patek Philippe and Vacheron Constantin. Fakta-fakta ini menunjukkan betapa masyarakat dunia hari ini bertambah minat dengan jenama-jenama jam tangan mewah dunia.
 
Membawa kita kembali kepada isu sama ada jam tangan ini simbol status atau aksesori gaya hidup, banyak sebenarnya antara pencinta jam tangan mewah ini yang mengumpul jam tangan kerana minat. Mereka tidak lagi melihat jam tangan itu sebagai keperluan tetapi saya kira jika sudah suka mengumpul, benarlah ia kini dianggap sebagai aksesori gaya hidup atau simbol status. Puan Sri Kamelia yang saya tahu pencinta setia jam tangan Jaeger-LeCoultre saban tahun mengumpul jam tangan jenama ini hanya kerana cita rasa dan personalitinya dekat sekali dengan DNA jenama ini.
 
Ditulis dalam laman web Marketing Daily, pada 2015 minat konsumer terhadap jam tangan mewah naik 10 peratus menurut laporan Digital Luxury Group dengan kebanyakannya jatuh dalam kategori jam tangan berharga $6,000 hingga $8,000. Tahun lepas juga menyaksikan Patek Philippe menjadi highlight, coming strong apabila menjadi jenama top 5 buat kali pertama menolak keluar Breitling daripada carta (tapi saya ingat betapa cantiknya koleksi Patek Philippe tahun lalu, saya pun teringin memiliki).
 
“Luxury consumer are increasingly expecting value for money,” tulis Ines Lazaro, Pengurus Produk dan Pemasaran Digital Luxury Group. “Mereka sudah bijak meminati craftmanship berbanding hanya estetika semata. Mereka mahu exclusivity. Dan mereka juga mahukan ia berharga sekitar 5,000 dollar.” Jadi ini sesuatu yang banyak jenama jam tangan mewah harus fikirkan. Mereka perlu meletakkan tanda aras mereka terhadap Rolex kerana jenama ini berjaya menghasilkan jam tangan yang tinggi daya craftmanship tetapi masih dalam lingkungan harga 5,000 dollar.
 
Di Malaysia pula, ditanya pada banyak wakil-wakil jualan jam tangan mewah meraka merasakan demand masih lagi kekal terhadap jam-jam tangan sekitar harga RM 5,000 hingga RM 8,000. Bermakna ini adalah  entry point untuk pasaran jam tangan mewah di Malaysia. Seperti baru-baru ini pada minggu pertama TAG Heuer memperkenalkan jam tangan smart mereka Connected Watch pada harga RM 6,400, semua stok habis terjual. Ini menunjukkan betapa jam tangan mewah di Malaysia masih lagi utuh dan masih ada permintaan. Mungkin juga kerana jam tangan  ini baru di pasaran, edisi terhad atau memang ditunggu-tunggu. Saya kira ini juga sebahagian daripada strategi jenama jam tangan dalam memastikan produk mereka terus-terusan terjual.
 
Ya, setiap jenama berlumba-lumba melaksanakan aktiviti pemasaran yang memastikan jenama mereka menjadi buah mulut di kalangan pencinta jam tangna. Itu yang di sebut oleh Naib Presiden Omega Malaysia, Joseph A. Boudville sewaktu saya sempat berbual-bual dengannya di majlis memperkenalkan duta jenamanya tempoh hari, “Benar ekonomi dunia tahun ini jatuh teruk tetapi  sebagai jenama kita harus terus menjual. Perniagaan harus berjalan. We have watches to sell. Kerana itu penting untuk kami terus kekal relevan dalam pasaran. jenama kamu harus meniti di bibir-bibir pencinta jam tangan supaya ia mampu terjual. Kerana itu penting untuk kami membuat aktiviti-aktiviti begini agar nama kami sentiasa diingati.”
 
Jadi persoalan sama ada jam tangan mewah itu adalah simbol status, aksesori gaya hidup atau sekadar pemberitahu masa- tergantunglah pada penilaian anda sendiri. Apakah anda terus-terusan membeli dan mengumpul jam tangan mewah hanya kerana ia bisa memberitahu masa? Jika benar ia diperlukan untuk memberitahu masa, satu atau dua sahaja sudah memadai saya kira. Tetapi kalau lebih daripada itu, dan berusaha pula mendapatkan yang ketiga, keempat dan seterusnya- saya kira sesuai kiranya dengan persoalan saya untuk rencana ini meletakkan jam tangan sebagai simbol status atau aksesori gaya hidup.

POST A COMMENT