Night Of Fright 7 Kembali Menghantui Dengan Tarikan Baru
Kembali untuk tahun ketujuhnya, Sunway Lagoon Night of Fright sudah bersedia untuk menghantui malam pengunjungnya. Bermula daripada 4 Oktober sehingga 3 November, Night of Fright 7 (NOF 7) akan menampilkan 8 rumah hantu, 1 teater hantu, 2 scared zones , 11 thrilling rides dan 2 stage shows.
Dikenali sebagai festival terbesar dan menakutkan di Malaysia, acara ini akan menjadi tuan rumah kepada pelbagai jenis hantu dan makhluk menakutkan termasuk jerung. NOF 7 bermula pada 7.30 malam sehingga 11.30 malam dan hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad.

Harga tiket adalah RM 79 (kadar yang diterbitkan) termasuk dengan cenderahati Bag Darah atau Tanduk Syaitan. Jika tidak, terdapat pilihan lain dengan Pakej Combo pada harga RM158 yang termasuk tiket masuk NOF 7, pas ekspres dan pilihan cenderahati sama ada Beg Darah atau Tanduk Syaitan.
Pengunjung juga boleh menikmati tawaran Combo Rate eksklusif sebanyak RM 138 seorang. Ini termasuk tiket masuk NOF 7 dan pas ekspres (hanya untuk pengunjung yang membeli tiket di kaunter). Untuk maklumat lanjut, hubungi 603 5639 0000 atau layari lawan sesawang Sunway Lagoon atau Facebook Sunway Lagoon.
Berpeluang untuk merasai sendiri ketakutan NOF 7, GLAM kongsikan rumah hantu yang patut dikunjungi!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Nikmati Suasana Tonton Filem Secara Eksklusif Di Aurum Theatre
May 08, 2026
Fendi Baguette 26424 Re-Edition Merai Personaliti Tanpa Definisi
May 07, 2026
Rolex Menjulang Esen Kesenian Sinema
May 07, 2026
Legasi Cinta Siti Saleha dalam Kilauan Tiffany & Co.
May 07, 2026
‘Self-Care’ Dengan Pembersih Wajah Mewah Ini
May 07, 2026
Rayakan 60 Tahun FRED Force 10 Dengan Kilauan Baharu Emas Force 10 Rise
May 07, 2026
Filem Romantik Komedi Buat Anda Tersenyum Sendiri
May 07, 2026

