Raikan Cinta Di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown
Riang tawa merai cinta penuh hangat dan kongsikan hari indah ini bersama tetamu tersayang di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown.
Mengimpikan majlis penuh intimasi untuk meraikan penyatuan dua jiwa antara anda dan si dia? Lebih-lebih lagi jika anda mencari lokasi yang bijak mengadunkan konsep tradisional dan moden dengan indah sekali. Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown adalah lokasi terbaik ingin GLAM cadangkan untuk anda.
Dekorasi dalamannya sudah memukau hati buat sesiapa sahaja yang pernah datang ke sini. Stailnya yang unik dan sofistikated dengan suasana yang selesa mampu membuatkan majlis anda memberi memori yang lebih indah.
Pilih sahaja lokasi mana di dalam Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown ini, baik di ruang Jeune 1+2, Lady Yi’s Tea House, Jann Bar, Quan’s Kitchen sehinggalah ke ruang penuh privasi di Mann, anda boleh tampil membuat majlis cukup versatil di sini mengikut cita-rasa anda.
Bukan sekadar menyediakan lokasi, di hotel ini juga turut menyediakan khidmat pakar perancang majlis terbaik dalam memastikan hari penting anda berjalan lancar dan sempurna. Selain daripada itu, mereka turut menawarkan pakej Dream Photoshoot di mana ia adalah pakej buat anda yang mahukan sesi bergambar pra-perkahwinan yang eksklusif juga percutian 2 hari 1 malam berserta sarapan di bilik Premier Suite hotel ini.
Majlis Hi Tea penuh intimasi di Lady Yi’s Tea House
Untuk rasai pengalaman merai pasangan mempelai penuh glamor, Lady Yi’s Tea House adalah lokasi yang tepat sekali. Berdekorasikan panel kayu gelap dan jubin penuh motif indah, restoran ini menyajikan konsep dan tema Peranakan sempurna untuk majlis minum petang. Di sini anda boleh nikmati sendiri seleksi teh istimewa berinspirasikan menu Peranakan.
Bukan itu sahaja, restoran ini turut pernah dianugerahkan “Anugerah Hospitaliti dan Kesejahteraan Reka Bentuk Terbaik” oleh Atap Design Awards 2021. Pengasasnya sendiri, Lady Yi, memilih untuk membangkitkan semula memori dan seterusnya meneraju legasi hidangan kuih Nyonya yang pernah dibuat neneknya.

Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
