Sia Bergelut Depresi Tiga Tahun Akibat Perceraian
Penyanyi dan komposer, Sia mendapat inspirasi daripada detik pahit dalam hidupnya untuk mencipta muzik baharu.
Dalam temu bual untuk siaran podcast Apple Music 1, Sia mendedahkan dia mengalami kemurungan selama tiga tahun selepas bercerai dengan pembikin filem, Erik Anders Lang pada 2016. Perkahwinan mereka hanya bertahan dua tahun.
“Sebenarnya sekitar enam tahun lalu, saya baru sahaja mula menulis lagu untuk album akan datang, Reasonable Woman. Tiba-tiba saya didatangi perceraian, dan ia benar-benar mengejutkan saya.

Foto: Getty Images
“Itu merupakan detik paling gelap dalam hidup dan saya hanya terbaring atas katil selama tiga tahun disebabkan kemurungan teruk. Saya juga tidak mampu berbuat apa-apa sepanjang tempoh itu.”
Muzik Baharu Sia
Reasonable Woman menandakan album pertamanya sejak 2016. Walaupun album tersebut dijangka menemui peminat pada Musim Bunga 2024, Sia melancarkan lagu Gimme Love daripada album itu minggu lalu.
Bercakap tentang bagaimana dia boleh menghasilkan album baru, penyanyi asal Australia itu berkata dia bermula dengan merakam cebisan demi cebisan lagu. Ketika itu dia agak ragu dengan kemampuannya untuk menghasilkan muzik kerana masih ditenggelami depresi.
“Dan akhirnya, saya mempunyai lagu berkualiti yang mencukupi untuk mengeluarkan sebuah album. Saya bergantung kepada pihak pengurusan untuk menentukan sama ada lagu ciptaan saya cukup bagus atau tidak.”
Sorotan Lain8 Tanda Anda Tidak Mendapat Protein Yang Mencukupi
Dua Dekad Cartier Women’s Initiative Memacu Impak Usahawan Wanita
Butiran Perkahwinan Putera Mateen & Fakta Menarik Bakal Isteri, Anisha Rosnah
Oprah Berkongsi Detik Ngeri Zaman Kanak-Kanak Yang Dirahsiakan Selama Ini
Adele Bongkar Punca Perceraian Dalam Album Baharu, 30
Bentuk Gaya Peribadi Dengan Samsung Galaxy Z Flip4![]()
Walaupun tidak terbuka bercakap tentang percintaannya, Sia kini telah pun menemui kebahagiaan yang dicari. Dia mengahwini teman lelaki, Dan Bernard dalam satu majlis intim yang hanya dihadiri empat tetamu pada Mei lalu.
Menurut People, majlis perkahwinan mereka berlangsung di Villa Olivetta Domenico Dolce dan Stefano Gabbana di Portofino, Itali. Ia merupakan lokasi sama di mana Kourtney Kardashian dan Travis Barker disatukan sebagai suami pada pada Mei 2022.

Foto: Instagram
Foto: Getty Images
Baca: The Devil Wears Prada: “Saya Depresi Disebabkan Watak Miranda Priestly” – Meryl Streep
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
