fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Ini 5 Pasangan Selebriti Malaysia Paling Romantik Pilihan GLAM
Kontroversi Wajah Berbalut, The Weeknd Akhirnya Buka Mulut
GLAM Profil: Gillian Hung
Impian Gwen Stefani & Blake Shelton Untuk Bergelar Suami Isteri Akhirnya Menjadi Nyata
Pembedahan Bariatrik: Antara Niat Sihat dan Obsesi Like
Home > Gaya Hidup > Fasa Baharu Hubungan Jennifer Lopez & Ben Affleck

Fasa Baharu Hubungan Jennifer Lopez & Ben Affleck

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hampir setahun menjalin hubungan cinta buat kali kedua, Jennifer Lopez dan Ben Affleck dilihat membawa hubungan mereka ke tahap seterusnya.

JLo dan Ben dilaporkan kini sedang dalam proses membeli sebuah kediaman milik bersama dan merancang untuk tinggal sebumbung tidak lama lagi, sekali gus mencetus spekulasi perkahwinan.

TMZ melaporkan pasangan itu memilih sebuah hartanah mewah di Escrow yang dilaporkan bernilai RM210 juta di kawasan Bel-Air, Los Angeles.

Hartanah itu terletak di kawasan seluas 20,000 kaki persegi dan terdiri daripada 10 kamar tidur serta 17 kamar mandi. Ia juga dilengkapi beberapa dapur, sebuah pawagam mini, gimnasium, kolam renang dan menawarkan pemandangan bandar yang mengagumkan.

Jennifer Lopez and Ben Affleck

Foto: Getty Images

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse