fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
K-Pop Demon Hunters Ukir Kemenangan Di Oscars 2026
Benarkah Teh Hijau Mampu Mengawal Berat Badan?
Penuh Mesej, Ini 9 Iklan Raya 2023 Terbaik Pilihan GLAM
Viola Davis Dedah Peluang Lakonannya Terhad Kerana Berkulit Hitam
Memaksa Diri Untuk Positif Boleh Memudaratkan Kesihatan Mental?
Home > Gaya Hidup > Hadiah Valentine’s Day Paling Megah & Mewah Oleh Pasangan Selebriti

Hadiah Valentine’s Day Paling Megah & Mewah Oleh Pasangan Selebriti

Valentine’s Day merupakan hari istimewa di mana pasangan akan cuba untuk membahagiakan insan tercinta mereka dengan melakukan atau memberikan sesuatu yang bermakna untuk meraikan keagungan cinta mereka.

 

Antara perkara yang sering dilakukan oleh pasangan semasa Hari Valentine adalah makan malam bersama, menonton wayang, memberikan bunga, coklat dan banyak lagi.

 

Tetapi cuba bayangkan kalau anda mempunyai wang seperti selebriti-selebriti Hollywood untuk berbelanja sebanyak yang anda mahukan untuk mereka yang anda sayangi, apa agaknya akan anda belikan untuk si dia?

 

GLAM senaraikan selebriti-selebriti yang tidak gentar berbelanja mewah untuk pasangan mereka dan mungkin juga inspirasi buat hadiah anda kelak.

Prev1 of 7

Angelina Jolie & Brad Pitt

Walaupun tidak lagi bersama, Angelina pernah menghadiahkan bekas suaminya itu sepohon pokok zaitun yang berusia 200 tahun dengan harga $18,500 di rumah mereka di Selatan Perancis.

Prev1 of 7

Angelina Jolie & Brad Pitt