Runtuhan peninggalan kota zaman dahulu kala kini menjadi tarikan kunjungan pelancong serata dunia. Namun di sebalik runtuhan itu sebenarnya pernah berdiri menjadi suatu mercu tanda tamadun yang melalui zaman kegemilangan dan luput atas sebab-sebab tertentu. GLAM senaraikan peninggalan kota dunia yang kini hanya tinggal lagenda.
1. Pompeii
Gambar: UNESCO
Kisahnya menjadi sebuah filem awal tahun lalu. Pompeii, sebuah kota Romawi musnah ditanam sedalam 4 hingga 6 meter oleh abu dan batu Gunung Vesuvius yang meletus pada AD 79. Penempatan itu kemudian hilang sepenuhnya selama 1,500 tahun sebelum dijumpai pada tahun 1599. Penemuan semula yang lebih meluas terjadi pada tahun 1748, iaitu hampir 150 tahun selepas penemuan pertama. Walau sudah berabad lamanya, objek yang tertanam ditemui dalam keadaan terpelihara hasil kelembapan akibat kekurangan udara.
2. Machu Picchu
Gambar: UNESCO
Terletak di Wilayah Urubamba, Peru, kota abad ke-15 ini terletak di kawasan pergunungan dengan ketinggian 7,970 kaki dari paras laut. Kota ini berdiri megah dengan rekaan klasik Inca, dimana dinding batu digilap bercahaya menjadi tarikan utama. Dipercayai kota ini dibina untuk Maharaja Pachacuti sebelum ditinggalkan 100 tahun kemudian akibat penaklukan Sepanyol.
3. Memphis
Gambar: UNESCO
Merupakan pusat pentadbiran zaman Mesir Purba, kota Memphis berkembang pesat sebagai pusat perdagangan dan keagamaan. Populariti kota ini kemudian merudum setelah lahirnya kota Alexandria dan akhirnya ditinggalkan sepenuhnya. Pelbagai runtuhan kuil boleh ditemui di bekas tapak kota ini dan kini ianya menjadi muzium terbuka untuk orang awam.
4. Angkor

Gambar: UNESCO
Terletak berdekatan penempatan moden Siem Reap di Kemboja, daerah Angkor dahulunya menjadi penempatan Empayar Khmer pada abad ke- 9 hingga ke-15. Kini terkenal dengan peninggalan Angkor Wat, dianggarkan lebih 1,000 kuil pernah didirikan di kawasan ini. Lebih hebat, Angkor merupakan kawasan pra-industri terbesar di dunia dengan anggaran 1 juta penduduk.
5. Petra

Gambar: UNESCO
Struktur indah ukiran batu pergunungan menjadi tarikan kota ini yang terletak di Jordan. Turut terkenal dengan sistem perairan yang bagus, kota ini mempunyai kelebihan mengawal laluan perdagangan utama. Kini ianya menjadi antara Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf UNESCO.
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-D...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Me...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Palin...
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah ...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
