Suitcase Diaries: Zaireen Azman di New York

Zaireen Azman adalah pemilik dan Pengarah Urusan butik Ola yang terletak di Pusat Beli Belah Bangsar Village. Memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Zahra Aleya berusia 10 tahun dan sering menghadiri majlis fesyen yang glamor sekitar ibu kota.

 

zaireen azman

Kongsikan pengalaman di kota New York?
Setiap hari adalah hari yang berbeza. Kota yang menyediakan segala-galanya ini tidak pernah sunyi dengan hiruk pikuk. Bunyi hon, siren sentiasa kedengaran setiap kali bangun tidur dan ia sungguh bertenaga! Saya tidak dapat bayangkan bagaimana tanpa semua itu jika menetap di sana. Kelompok fesyen pula bagaikan membuat pentas peragaan di setiap pelosok kaki lima. Jika ingin merasai pengalaman bersantai, restoran kegemaran saya sudah pasti 18th Century Carriage House di Barrow st. Untuk masakan Itali, singgahlah ke Scalini Fedeli & Marea. Buat penggemar manisan, saya cadangkan ke Billys Bakery untuk menikmati cek cawan dan kek keju.

 

times_square_new_york_city_hdr

Memori terindah di kala melancong di sana?
Berpeluang ke Gala MET melihat selebriti antarabangsa seperti Alexander McQueen secara live! Dan pada majlis yang sama sempat bertemu Usher, Mario dan Paris Hilton. Selain itu, menyaksikan konsert Alica Keys, Mariah Carey, Kanye West, Brian Mcknight, Britney Spears, Yani dan ramai lagi. Tidak lupa juga, menonton persembahan Cirque du Soleil.

 

cirque_du_soleil__t_160395a

Destinasi tumpuan kelompok fesyen?
Tentu sekali Meatpacking District, Manhattan! Ia adalah lokasi paling terkenal dengan kejiranan kelompok fesyen seperti West Village, Chelsea, Soho dan Tribeca. Marc Jacobs pula di Mercer Street.

 

west-village

Bagaimana dengan persalinan dan penjagaan kecantikan?
Saya suka membawa baju wool chevron daripada Kenzo, jeans J Brand dan sneakers Chanel. Tidak lupa juga, travel notebook dan buku panduan pemakanan. Tentang soal penjagaan kecantikan pula, losen Aveeno pasti ada bersama kerana ia sesuai digunakan untuk semua cuaca.

 

Perkhidmatan penerbangan pilihan?
Tentunya Malaysia Airlines menawarkan perkhidmatan terbaik. Saya merasakan seperti melancong bersama anak kapal dan destinasi yang dituju adalah semua bandar utama dunia kecuali New York. Untuk keselesaan ruang kokpit sepanjang penerbangan, apa kata anda naiki penerbangan Etihad Airways dan Emirates Airlines.

POST A COMMENT