Fokus – Langkah Pastikan Kediaman Selamat Didiami
Sorotan Lain
Sempena Perintah Kawalan Pergerakan yang bersambung, kebanyakan daripada anda banyak menghabiskan masa di kediaman. Ini adalah masa untuk memastikan kediaman anda selamat untuk didiami.

- Pemasangan jeriji sebagai langkah keselamatan kini menjadi praktik umum yang diamalkan. Pastikan anda mempunyai jeriji yang boleh dibuka di dalam untuk saat kecemasan agar penghuni tidak terperangkap sewaktu terjadinya kecelakaan yang tidak dijangka seperti kebakaran.
- Bucu-bucu tajam pada perabot sememangnya berisiko tinggi khususnya kediaman yang mempunyai kanak-kanak. Hadkan penggunaan perabot dan aksesori yang berasaskan kaca untuk ruang tertentu yang boleh mengakibatkan kecederaan.
- Untuk mereka yang gemar membakar lilin haruman, langkah keselamatan perlu anda ambil. Sediakan tempat khusus membakar lilin yang jauh dari capaian anak kecil selain bahan mudah terbakar seperti kertas ataupun fabrik contohnya langsir dan kusyen.
- Alatan elektrik merupakan keperluan seharian bagi memudahkan kehidupan. Namun jika salah pengendalian, ia mungkin berpotensi membawa kecelakaan. Untuk alatan elektrik yang perlu sentiasa dipasang, pastikan anda menutupnya dengan berkala bagi memastikan alatan ini diberi waktu rehat.
- Bersihkan alatan elektrik bagi memastikan ia efisien dalam berfungsi selain meminimakan risiko terjadinya masalah dalam pengendalian.
- Kunci kereta sebaiknya diletakkan bersebelahan anda ketika tidur kerana ia memudahkan jika terjadinya masalah. Contohnya jika anda mengesyaki rumah anda dimasuki penceroboh, anda boleh memasang penggera kereta untuk menimbulkan panik.
- Elak daripada meletakkan barangan hiasan atau perabot di bahagian luar yang berdekatan dengan tingkap. Ini akan memudahkan kediaman anda dimasuki oleh penceroboh.
- Fabrik mudah mengumpulkan habuk yang menyebabkan terjadinya alergi bukan sahaja kepada anak kecil malahan kepada orang dewasa. Bersihkan secara kerap dan ganti dengan berkala untuk memastikan ia tidak hanya bersih tetapi selamat untuk anak kecil.
- Apabila anda usai menjalankan proses ubah suai, periksa semua akses keluar masuk dan jika perlu, gantikan penggunaan kunci mangga untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
- Pastikan kesemua bahan berunsurkan kimia disimpan dan dilabel dengan betul. Ini kerana kecuaian memungkinkan terjadinya kemalangan yang boleh mengakibatkan kematian.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
BY Syahirah Hussain
Jun 03, 2026
Gaya Hidup
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
BY Izzati Hailizam
Jun 02, 2026
Fesyen
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Fesyen
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
BY Marissa Suhaila
May 29, 2026
Fesyen
Dialog Fesyen: Yuleza
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Cantik
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
BY Tyraa Bahari
May 29, 2026
Cantik
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Cantik
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Terima yang terbaik dari dunia Glam!
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
