Tiada yang lebih bermakna mencipta bibit nostalgia bersama tersayang kala berdarmawisata. Abaikan jarak destinasi, jauh atau dekat, luar mahupun dalam bandar; yang utama adalah hospitaliti hotel dan resort yang bersifat mesra keluarga dan kanak-kanak buat menggamit satu lagi memori terindah.
Hotel Hard Rock Pulau Pinang
Sememangnya tersohor dengan kemudahan dan hiburan mewah berunsur kekeluargaan, rangkaian hotel Hard Rock pertama di Malaysia berlokasi di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Membuka pintu pada tahun 2009, penghuni Hard Rock berpeluang menikmati akses eksklusif kolam renang bentuk-bebas terbesar di Utara Malaysia. Dibina secara intergrasi ke dalam landskap hotel, kolam renang ini memaparkan reka bentuk taman tema air lengkap gelongsor air, pancuran air dan beberapa mainan air lain.
Tidak hanya menumpukan keperluan kanak-kanak, malah golongan remaja bermula umur 13 hingga 17 tahun boleh menyertai program Tabu Teens Clubs. Boleh memilih program indoor atau outdoor yang meliputi ruang eksklusif untuk melayari internet, bermain permainan video dan tayangan filem. Mereka juga boleh meneroka Batu Ferringhi di siang hari dengan menaiki basikal atau bermain football. Layari laman sesawang Hard Rock Hotel Penang untuk maklumat lanjut.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
