Jotun Mewarnai Bangunan Sejarah Kuala Lumpur
Lorong-lorong lama dan bangunan ikonik Kuala Lumpur diwarnakan semula menggunakan cat kegunaan luar bermutu premium Jotashield Antifade Colours - kolaborasi antara pakar warna cat, Jotun dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Jotun menyumbangkan 2,500 liter cat Jotashield Antifade Colour untuk melindungi dan mempertingkatkan penampilan lokasi-lokasi penting kendalian DBKL sekitar ibu kota.
"Lorong Yap Ah Loy, di sini akan menjadi jalan pertama untuk dibangunkan dalam kerjasama kami yang merangkumi ujian keprihatinan masyarakat, kajian semula dan akhirnya, peringkat pelaksanaan peningkatan untuk keseluruhan laluan yang dijangka bermula Oktober ini," kata Pengarah Jabatan Perancang Bandar, DBKL, Nurazizi Mokhtar.
Malah, beberapa lorong-lorong terpilih akan menjadi antara yang pertama di Kuala Lumpur untuk dicat dengan cat baharu Eksklusif Trend 2018 keluaran Jotun yang dicipta menerusi nasihat pakar-pakar dan profesional industri.
Ditubuhkan pada tahun 1926 di Sandefjord, Southeastern Norway, Jotun adalah salah satu syarikat cat terbesar dunia, dengan produknya digunakan di lebih 100 negara di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jotashield Antifade Colours, lawat laman Facebook dan Instagram Jotun Malaysia.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
May 25, 2026
Pertunjukan Koleksi Louis Vuitton Cruise 2027 Tampil Di Luar Jangkaan
May 25, 2026
Our Second Nature Sambut Satu Dekad Dengan ‘Mise-En-Place’
May 25, 2026
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
May 24, 2026
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari Berbanding ‘Perfume’
May 22, 2026
Barang Kemas Yang Curi Tumpuan di Cannes 2026
May 22, 2026
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan Kuasa Pilihan Komuniti Kecantikan
May 21, 2026

