Dinamakan sebagai Elle Maison, kediaman ini merupakan kediaman milik peribadi yang baru sahaja dilengkapkan sekitar 2016. “Pemilik kediaman merupakan pasangan suami isteri yang mana suaminya merupakan seorang saintis dan isterinya pula terlibat dalam dunia perdagangan antarabangsa. Dengan tawaran kerja yang menarik, mereka memilih untuk berpindah dari Itali ke Geneva. Rumah ini diibaratkan sebagai tempat berlindung lantaran jadual kerja yang padat,” kongsi wakil Damilanostudio. Dibina di atas tanah seluas 830 meter persegi, kediaman ini mempunyai tiga aras yang merangkumi 435 meter persegi.
Dibina di atas permukaan bumi bercerun yang memberikan dua pemandangan yang memukau, menyaksikan pemandangan tasik yang mendamaikan serta pemandangan bandar yang berbeza. “Perhubungan antara klien dan pereka terjalin apabila pemilik sedang mencari arkitek yang menghasilkan karya dalam gaya kontemporari. Pada pertemuan pertama, kami mencadangkan rekaan kediaman dengan pemandangan terbuka, selain memanipulasi lanskap luar kediaman yang boleh dilihat dari tengah-tengah kota. Idea ini diterima terus oleh klien. Perancangan awal adalah untuk membina di atas sebidang tanah berdekatan Geneva dan dalam masa yang sama bersebelahan rimba. Dalam pencarian tanah yang ingin diusahakan kami menemui lot tanah ini.”
Idea dan pelan rekaan
Pelan asal rekaan kediaman ini adalah untuk membina kediaman yang menghadap Utara-Selatan pada masa yang sama ia mempunyai facade yang boleh dilihat dari pelbagai sudut berbeza. Bermula dengan blok tengah, kediaman ini bakal dilihat seolah-olah terapung biarpun pada hakikatnya ia cantik menempati tanah yang bercerun ini. Tiga aras dibina yang menampilkan aras pertama dan kedua sebagai ruang untuk didiami, manakala aras ketiga adalah bertujuan sebagai besmen yang dilengkapi dengan garaj untuk menempatkan dua ruang parkir kenderaan. Kedudukan aras pertama berfungsi sebagai ruang umum seperti ruang tamu, dapur juga kamar kecil. Untuk aras kedua, dikhususkan untuk ruang rehat dengan rekaan kamar beradu utama lengkap kamar kecil serta sebuah kamar tersembunyi dan studio. Sebuah tangga konkrit dibina bagi menghubungkan setiap aras dan diperindah kemasan quartz rona putih berkilau sebagai penyeri. Turut dilengkapi sebuah ruang terbuka yang membawa anda dari ruang masuk menuju ke aras bumbung. Di sini turut dibina sebuah pendiang api yang seakan-akan menyambut kehadiran tetamu yang berkunjung ke kediaman ini.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
