Berapa besar keluarga anda? Berapa kerap anda merai tetamu? Soalan ini penting sebelum membuat sebarang penyelesaian sementara atau kekal. Jika jarang mengadakan keraian, perkhidmatan sewaan kerusi dan meja adalah solusi tepat! Jika memiliki dua ruang makan formal dan tidak formal, gunakan kedua-duanya apabila bilangan tetamu melebihi jumlah tampungan semasa. Atau sediakan kawasan lain; lanskap luar, ruang tamu dan lain-lain.
Gambar: Acacia
GROUP SEATING
Bangku panjang, kerusi otoman, peti trunk adalah cara terbaik memaksimumkan ruang berbanding kerusi individu. Bangku panjang amat sesuai untuk kanak-kanak dan mereka boleh duduk lebih rapat tanpa rasa tidak selesa. Atau pertimbangan membeli tempat duduk berseksyen untuk menampung lebih ramai orang.
Gambar: Signature Kitchen
PENGGUNAAN RUANG LAIN
Jika memiliki pelan lantai terbuka, panjangkan aliran trafik tetamu secara langsung. Contoh: Bukaan ruang makan bersekali dapur atau ruang tamu bersekali ruang makan dan dapur. Dapur berpulau adalah bonus! Konsep ini praktikal apabila tetamu yang hadir terlibat dalam aktiviti berbeza, kelompok pergaulan, perbualan dan latar belakang.
BUFET
“Hidangkan dalam gaya bufet dengan masakan yang boleh dimakan dalam satu sudu atau garfu,” kata pereka hiasan dalaman FD, Terrazamo Bergamo. Menghidangkan secara bufet tidak hanya menjimatkan ruang malah memudahkan tuan rumah mengawal hidangan. Oh ya, untuk majlis intim, elakkan set pinggan mangkuk sama jika tidak mahu kelihatan seperti dewan katering.
Gambar: Ingimage
GUBAHAN BUNGA
Sememangnya sentuhan dekorasi paling mudah tapi berjaya. But don’t over do it! Selain tidak praktikal, gubahan bunga dempak boleh mengganggu aliran trafik ruang.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
