Percutian Intim bersama Secret Retreats
Jemu dihambat kesibukan aktiviti kota? Apa kata berhenti sejenak, hilangkan segala lelah dan kekusutan di jiwa di perlarian rahsia, Secret Retreats. Secret Retreats bersifat terpencil, intim dan eksklusif – menghubungkan manusia dengan seribu satu rasa yang sudah lama diabaikan termasuklah budi bicara, adat, budaya, seni, sejarah, gastronomi dan semangat turun-temurun.
Mula membuka pintunya kepada awam September tahun lalu, sehingga hari ini Secret Retreats berjaya menakluki 37 koleksi hartanah milik individu persendirian di seluruh pelusuk Asia.
Koleksi Secret Retreats menggabungkan kepelbagaian ciri semulajadi samaada terletak di landskap indah, pergunungan Himalaya mahupun persisiran pantai Filipina. Menerusi Secret Retreats pengembara boleh meneroka landskap asli kuil-kuil di Angkor Wat, mendaki ribuan anak tangga di Tembok Besar Cina atau menikmati kehalusan air tangan orang Jepun.
Secret Retreats dibangunkan oleh empat orang Barat berjiwa nusantara yakni Bruno Ferret (Perancis), Federico Asaro (Itali), Stéphane Junca (Perancis), dan Elizabeth Soriano (Amerika Syarikat).
5 Koleksi Secret Retreats Pilihan GLAM Deko

Jeeva Beloam Beach Camp – Lombok
Terletak di teluk terpencil di bahagian selatan pulau, di atas tanah seluas 55 hektar, Jeeva Beloam memiliki lima Sasak brugas atau rumah kecil. Setiap beruga dilengkapi teres luas bertutup dengan katil siang besar dan kawasan tempat duduk mengadap pantai pasir memutih. Jeeva Beloam mengaplikasikan tenaga solar dan aliran air kitar semula menerusi kolam rawatan air bawah tanah untuk air hujan dan air laut.

Rak Ko Jae – Seoul, Korea
Dikelilingi gunung-ganang dan sungai berliku, Rak Ko Jae adalah syurga kedamaian dan ketenangan. Berada di tapak warisan UNESCO, perkampungan Hahao, anda boleh memilih di antara empat chogas atau rumah pondok tradisional serba eksklusif dan mewah untuk menginap. Jangan lupa nikmati sauna lumpur kuning kala bersenggang santai.

Rachamanka – Chiang Mai, Thailand
Memiliki 22 bilik dan dua suite penginapan, Rachamanka berada di tengah-tengah nadi Chiang Mai. Membawa masuk keindahan flora dan fauna berbalas kegemilangan warna-warni kehidupan sejagat, setiap kamar penginapan menceritakan kisah artistik mengenai salasilah keluarga pemilik.

Villa Mathis – Umalas, Bali
Berkonsepkan privasi dan unik untuk didiami, lima vila individu membentuk Villa Mathis dengan 18 bilik penginapan bagi memenuhi tempahan tunggal dan lain-lain. Setiap bilik dihias sama sekali berbeza namun dilengkapi katil tiang empat, tab mandi mewah, dan semestinya paduan jitu dekorasi moden dan tradisional. Villa Mathis tercipta buat sekalian yang mahu lari dari aktiviti malam penuh kesibukan dan padat di pekan komersil, Kuta dan Seminyak.
Japamala Resort and Spa – Pulau Tioman.
Dibina di tengah-tengah hutan hujan tropika, Pulau Tioman, Japamala Resort and Spa dilengkapi kolam renang luar, dua restoran dan bar, dan penginapan berteres bernadi elegan organik. Bahagian dalam setiap suite dan vila dibina berasaskan bahan kayu padu kitar semula. Tetamu boleh bermesra dengan hidupan air samaada memancing, snorkel atau menyelam sama seperti orang pulau. Restoran Tamarind Tioman menyajikan hidangan Indo Cina dan Thailand manakala kepakaran menu Barat ditawarkan di Restoran Mandi-Mandi. Japamala Resorts and Spa hanya 20 minit perjalanan bot dari Lapangan Terbang Tioman.
Maklumat lanjut mengenai seluruh koleksi Secret Retreats di www.secret-retreats.com/en/
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

