fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kediaman – Pesona Raya Maghribi Metropolis
10 Muzium Seni Wajib Dikunjungi
Palet – Trivia Warna Biru Segar Firus
Wajah Baru Musée du Louvre
Idea Praktikal Pilihan Alex Yoong
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > Trend – Edisi Terhad Smeg x Mickey Mouse

Trend – Edisi Terhad Smeg x Mickey Mouse

Jenama peralatan dapur Itali, Smeg telah banyak menjalin kolaborasi dengan nama-nama besar dunia antaranya Dolce & Gabbana, Mini dan Veuve Cliquot. Julung kali, Smeg berkerjasama dengan karakter terkenal Disney, Mickey Mouse.

 

Meraikan ulang tahun ke-70, Smeg julung kali berkerjasama dengan karakter terkenal Disney, Mickey Mouse.

 

 

Karakter Mickey Mouse pertama kali muncul di skrin televisyen sembilan dekad yang lalu dalam animasi hitam dan putih Steamboat Willie. Smeg mengabadikan karakter kartun ini pada permukaan peti sejuk ikonik FAB28. Lakaran karakter Mickey Mouse dilukis mengikut lakaran asal disertakan plak bernombor perak edisi terhad – lambang istimewa buat pengumpul tegar jenama ini.

 

Koleksi eksklusif Smeg x Mickey Mouse ini hanya dihasilkan sebanyak 90 unit (simbol setiap tahun sejak debut kemunculan Mickey).

 

Setakat hari ini, peminat Disney boleh mendapatkan Smeg x Mickey Mouse ini di gedung utama Smeg, London.